ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Saturday, September 2, 2017
Lamb Haneth (Nasi Arab Haneth
Hidangan untuk family gathering malam raya. Family dua belah pihak....keluarga hubby dan keluarga sebelah saya datang berkumpul sempena aidil adha....penuh ruang tamu... Riuh rumah seketika...seronok.
Gambar terhad sebab tak berkesempatan nak platting2....posing maut kali ni....memang bz giler dari pagi.....tapi bsrbaloi...berkesempatan meraikan semua ahli keluarga....sesekali dapat berkumpul.
Nasi
2 cawan basmathi- cuci, rendam ngan
2 tbsp garam selam 30 minit dan toskan (saya guna pusa cream)
1/2 camt yellow food coloring#
1/4 camt red food coloring#
1 kuntum bunga cengkih*
1/2 camt cardamom powder..kalu tak de letak 2 biji cardamom pod jer*
1 btg kulit kayu manis*
1 camt cumin powder*
1/3 camt cumin seeds*
1/3 tsp Arabic mixed spices
3 tbsp minyak masak
2 camb ghee
1/2 tsp rose water
Air secukupnya sbb ikut jenis beras kan..(1 cawan beras : 1 1/4 cawan air + sup)
Panaskan minyak dan ghee dalam periuk. Masukkan bahan bertanda dan tumis sekejap hingga naik bau. Masukkan beras dan goring hingga semua bersalut selama 1 minit dan masukkan air panas secukupnya. Biar di atas api besar dan tutup dengan penutup periuk. Biar hingga benar- benar mendidih. Masukkan yellow food coloring dan kacau sedikit. Tutup periuk semula dan biarkan hingga separuh kering. Perlahankan api. Campurkan rose water bersama sedikit yellow dan red food coloring. Tuangkan di atas nasi gemburkan sedikit dan tanak seperti biasa hingga nasi masak dengan api yang paling perlahan selama 15 minit. Padamkan api dan biarkan selama 5 minit baru digembur sedikit dengan garfu.
Sup
750 g daging unta (tanpa tulang)
2 pcs bay leave
1 inch halia- diketuk sikit
1 biji bawang besar- belah 4
2 ulas bawng putih – diketuk sikit
1 btg cinnamom stick
5 kuntum bunga cengkih
1/2 camt cumin powder
1/4 camt cardamom powder
1/2 camt black paper
1/2 camtcoriander powder
1 biji fresh tomato- buang kulit dan di dadu besar
Air secukupnya untuk merebus daging
Masukkan semua bahan ni dalam pressure cooker, rebus hingga daging benar- benar lembut dan empuk. Last sekali masukkan garam dan rebus lagi selama 5-7 minit. Asingkan daging unta dari supnya, taburkan daun sup serta bawang goreng dan ketepikan
Daging kambing
2 camb cumin powder*
1/2 camt serbuk kunyit*
1 camt coriander powder*
1 camt Arabic mixed spices*
garam secukup rasa*
2 camb air sup/rebusan
2 camb minyak masak aluminium foil
Campurkan kesemua bahan bertanda* hingga sebati. Di atas aluminium foil, lumurkan pada daging yang direbus tadi hingga sebati.(aluminium foil tu kena double /tripel supaya tak koyak..ok).. Masukkan air sup/ rebusan di atas daging unta. Tuangkan minyak di atasnya dan tutup aluminium foil rapat- rapat dengan mengelimkan kesemua bahagian. Bakar dlm oven yang telah dipanaskan dengan api yang paling kuat selama 10-15 minit jer.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment