Wednesday, September 12, 2018

Pavlova


lama anak2 minta baru tertunai malam  tadi. Putih telur baki buat biskut yang saya simpan dalam peti ais tu masih elok....dapat buat 3 adunan pavlova....puas makan.....tahun depan baru minta lagi tau....hehehhe


Resepi kat butterkicap.com ni bagus.....terperinci dia kongsikan. Saya guna telur lama yang disimpan dalam peti ais....jadi tak perlu masukkan cuka dan tepung....pavlova saya tak sempat tunggu sejuk dalam oven....terpaksa dikeluarkan terus sebab anak2 dah tak sabar nak makan. Bentuk pavlovanya pun huru hara....janji siap dan tetap sedap.....


Pavlova

Bahan-bahan

4 biji telur putih sejuk (saya guna sukatan 120 ml)
3g garam halus (1/2 sudu kecil)
2g ekstrak vanilla (1/2 sudu kecil) (saya guna serbuk vanila)
215g gula castor (1 cawan) (saya kurangkan jadi 3/4 cawan)
400g krim putar sejuk

Hiasan atas

Buah-buahan pilihan seelok2nya yang ada rasa masam2 sedikit.


Cara-cara

Panaskan ketuhar pada suhu 120°C.

Lapik dulang pembakar dengan Silpat atau hamparan pembakar silicon. Jika anda tidak memiliki hamparan tersebut, anda juga boleh menggunakan kertas pacmen.

Asingkan telur putih ke dalam mangkuk jika belum diasingkan lagi.

Masukkan garam dan ekstrak vanilla ke dalam telur putih dan kacau sedikit agar sebati.

Masukkan garam…
Seterusnya, vanila

Menyediakan meringue

Masukkan telur putih ke dalam mangkuk adunan.

Dengan pemutar, pukul telur pada kelajuan perlahan selama seminit, kemudian tingkat kelajuan ke sederhana laju. Pukul sehingga telur berbuih sepenuhnya.

Bermula dengan kelajuan perlahan
Pukul sehingga telur berbuih sepenuhnya
Tip penting: kecuali jika anda menggunakan pengadun tangan, kebanyakan pemutar mesin tidak sampai ke dasar mangkuk adunan. Buka dan angkat mangkuk semasa memukul untuk memastikan telur di dasar mangkuk juga berbuih.

Apabila telur sudah berbuih, tetapkan semula pada kelajuan rendah.

Masukkan gula ke dalam adunan telur perlahan-lahan, 1 sudu besar pada satu-satu masa. Biar telur dipukul selama 10-20 saat untuk membenarkan gula larut sedikit sebelum memasukkan sudu gula seterusnya sehingga habis. Pukul sehingga adunan teremulsi. Angkat mangkuk adunan sesekali agar dasar mangkuk dipukul juga supaya adunan dipukul dengan rata.

Masukkan 1 sudu besar gula pada satu-satu masa

Apabila adunan mula memuncak, hentikan pengadun dan kikis bahagian tepi mangkuk.

Tetapkan pengadun pada kelajuan sederhana laju dan lihatlah meringue anda terbentuk. Anda akan terlihat tanda bergaris yang dihasilkan oleh pemutar. Lebih tetap meringue anda, lebih jelas garisan-garisan itu. Pukul adunan sehingga terdapat puncak yang jelas pada adunan.

Puncak-puncak pada adunan anda menandakan meringue anda sudah cukup sempurna
Anda boleh terbalikkan meringue anda dan ia tidak akan tumpah. Jika ya, maksudnya meringue anda tidak siap lagi!
Tip penting: telur lama dan sejuk mempercepatkan lagi proses ini. Jika meringue anda tidak terbentuk, masukkan 2 sudu kecil cuka putih disuling. Apabila adunan hampir tetap, masukkan 3 sudu kecil kanji jagung.




Tuang adunan di atas loyang yang dialas baking paper. nak bentuk camna ikut citarasa.

Anda boleh biarkan meringue anda memuncak tetapi kami mencadangkan anda menggunakan belakang sudu untuk membentuk ‘mangkuk’ pada meringue anda. Cara ini membantu menetapkan krim dan hiasan atas anda. Pastikan dinding mangkuk pavlova anda cukup tebal, kira-kira 1.5 cm sudah memadai dan jangan tekan sehingga ke bawah. Gunakan belakang sudu untuk membentuk lengkungan.

Jangan berasa takut untuk betulkan meringue anda dengan sudu jika anda merasakan meringue anda tidak begitu sekata.

Nota penting: jika anda sukakan menringue yang mempunyai tekstur seperti marshmallow, jadikan mangkuk pavlova anda lebih tebal.

Membakar meringue

Bakar meringue. Bergantung pada saiz, proses ini akan mengambil masa selama sejam atau sehingga permukaan pavlova mengeras. Bahagian luar mestilah pejal apabila disentuh.

Apabila siap dibakar, padamkan ketuhar dan buka pintu ketuhar sedikit. Biarkan meringue di dalam ketuhar selama sejam sebelum menyediakan pavlova anda. Proses ini menyejukkan pavlova perlahan-lahan dan membenarkan pavlova menjadi rangup dan mengering tanpa merekah!



Pukul krim

Sementara menunggu meringue dibakar, sediakan krim putar. Oleh sebab meringue agak manis, anda tidak perlu tambahkan gula di dalam krim anda.

Nota penting: Bekukan atau sejukkan mangkuk adunan dan pemukul agar krim anda kekal sejuk sehingga sedia untuk digunakan.

Masukkan krim putar ke dalam mangkuk adunan dan pukul dengan kelajuan rendah sebelum tingkatkan ke kelajuan tinggi. Bergantung pada kepekatan krim anda, jumlah krim yang diputar, suhu dan sebagainya, proses ini mengambil masa lebih kurang 7 minit. Seperti meringue anda, krim putar anda siap untuk dihidang apabila sudah mengembang dan memuncak.



Masa untuk sediakan pavlova!

Apabila meringue sudah siap, keluarkan daripada ketuhar. Berhati-hati ketika berbuat demikian kerana meringue anda boleh merekah.

Memang cantik!

Sediakan hiasan atas anda.

Buah-buahan sudah siap dipotong

Sudukan krim putar ke dalam setiap mangkuk pavlova. Jangan kedekut tetapi jangan letak terlalu banyak kerana anda tidak mahu krim tumpah.

Sudukan krim ke dalam mangkuk meringue

Akhir sekali, letakkan hiasan atas kegemaran anda. Anda boleh hidang dalam dulang atau secara berinidividu.

Letakkan hiasan atas kegemaran anda




Tip tambahan

Tiada beg paip? Gunakan beg kedap udara!

Meringue dan pavlova yang siap dibakar boleh rosak jika berada di persekitaran lembap. Oleh itu, jangan sediakan pencuci mulut ini terlalu awal dan simpan. Menyimpannya di dalam peti sejuk akan membuatkan pavlova menjadi berair. Oleh itu, simpan di dalam bekas kedap udara di kawasan kering dan sejuk.

Anda boleh menyediakan pavlova bersaiz seperti kek menggunakan resepi di atas tetapi jika anda tidak menyediakannya dengan betul, terdapat risiko tinggi intik meringue anda mendap. Kami cadangkan anda mula dengan meringue yang kecil. Tambahan pula, pavlova bersaiz kecil lebih sesuai untuk dihidangkan secara individu.

Untuk menambahkan lagi kemeriahan di meja makan anda, benarkan tetamu anda hias sendiri pavlova mereka dengan krim dan hiasan atas.

Resepi pavlova biasanya mengandungi kandungan gula yang tinggi. Pavlova sememangnya hidangan pencuci mulut yang enak untuk dimakan sekali-sekala tetapi jangan makan sajian manis ini setiap hari!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...