Monday, April 2, 2018

Pelbagai cucur pilihan minum petang

Antara menu paling mudah untuk minum petang.

Cucur Bom Manis
Resepi saya cnp dari ezadlieza.blogspot.my. Tak sempat yis nak aktif anak dah suruh goreng....jadi hasilnya kurang kembong tapi anak-anak suka.

CUCUR BOM MANIS

Bahan : 1 sk yis
1 cawan tepung gandum
2 sb gula
3 sb susu pekat manis
secubit garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara-cara :

Campurkan yis, gula, susu & sedikit air, biar sampai berbuih. Campurkan campuran yis tadi ke dalam tepung gandum, tambah kan sedikit air, agak2 macam nak buat jemput2 biasa tu le. Perap adunan dalam 1-2 jam bagi mendapatkan sarang yang cantik & kuih jadi bulat masa menggoreng. Panaskan minyak masak.

Sebelum menggoreng, tambahkan secubit garam ke dalam adunan dan goreng hingga keperangan.

Cekodok aka cucur pisang
Cucur aka cekodok aka jemput pisang @ ZLC

2 cawan pisang
1 1/2 cawan tepung gandum
Gula secukup rasa
Sedikit garam

Kisar pisang, garam dan gula dengan air hingga hancur. Tuang dalam mangkuk. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil adun rata. Adunan mesti tidak terlalu cair. Senang dijemput dengan tangan.

Panaskan minyak. Jemputkan adunan ke dalam minyak panas. Gerong dengan api sderhana.Terbalikkan adunan supaya masak dan garingnya rata. Setelah keperangan, angkat dan toskan. Guna api sederhana untuk memasak. Cucuk la kat lidi sate nak bagi nampak macam best jer (optional).

Cucur air panas aka cucur kembung
Cucur nasi sejuk
Cucur Nasi

1 cawan nasi sejuk
1 cawan air
1 genggam ikan bilis/udang kering
secekak daun kucai
1 biji bawang besar
1 cawan tepung
garam secukup rasa

-----

Kisar nasi, ikan bilis/udang kering/bawang hingga halus.
Tuangkan ke dalam mangkuk.
Masukkan tepung, garam dan kucai dan sebatikan.
Kalau keras ble tambah sedikit air.
Dah siap tu goreng je la....

*** kalau suka boleh juga letakkan udang basah, tauge, daun sup, daun bawang.....




Lain-lain resepi cucur boleh rujuk dilink dibawah... ;-)

1. Cucur nasi jagung resepinya disini
2. Cucur udang kering resepinya disini
3. Cucur Udang Rangup resepinya dilink ini
4. Cucur kucai resepinya dilink ini
5. Cucur cempedak resepinya disini
6. Cucur jagung manis resepinya dilink ini
7. Cucur durian jagungCucur durian jagung resepinya disini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...