Pagi isnin lepas ummi buatkan kuih doremon untuk sarapan pagi....ummi masak tau bukan amik keluar dari poket doremon.... Untuk sarapan saya hidangkan dengan susu dutch lady pure farm ni. Saya memang dari dulu suka susu segar dutch lady. Anak-anak pun sama. Rasa dia memang sedap. Bukan setakat untuk sarapan saja, malam sebelum tidur pun saya sekeluarga suka minum.
Ramai kat luar sana yang tak suka minum susu. Mungkin sebab diorang tak tahu khasiatnya. Dah makin berumur nanti akan mula la terasa kesan kekurangan nutrisi untuk tubuh badan.
Kenapa nak minum susu? Mesti la sebab ada kebaikan. Antara yang umum biasa dengar ia mengandungi kalsium baik untuk tumbesaran dan menguatkan tulang. Lagi pun minum susu ni boleh mengenyangkan....anak2 saya terutamanya, waktu pagi kekadang tak nak makan, jadi kalau diorang dah minum susu ni cukup untuk diorang tahan sehingga waktu rehat. Kalau perut lapar konsenterasi kurang...susu ni sekurang- kurangnya membantu anak-anak saya kekal bertenaga dan fokus dalam pembelajaran mereka. Diorang ni pun boleh aktif sepanjang hari, kita pulak yang penat tengok diorang ni tak reti nak duduk rehat. Ada jer aktiviti yang diorang buat sepanjang hari. Alhamdulillah.
Dua hidangan sehari pun dah cukup untuk bekalkan keperluan nutrisi harian tubuh badan kita. Sapa-sapa yang tak suka minum susu tu, belajar2 la minum...untuk kesihatan tubuh kita. Tubuh sihat, hidup ceria, ibadah terjaga.
Ok lah....dah alang2 share resepi dorayaki ni nak cerita la skit pasal kuih ni. Dorayaki ni ada legendanya....makanan ni asal ceritanya disediakan untuk samurai bukan doremon tau. Nak tahu lanjut tanya jer kat pakcik google. Saya malas nak menaip. Hihihi.
Ingatkan dorayaki ni doremon yang cipta....hahahhaha.
Memandangkan saya bukan doremon dan kat perut ni takde pulak la poket yang boleh diseluk2 untuk keluarkan dorayaki jadi kena la buat sendiri. Pepagi dah pecahkan telur...adun bancuhan dorayaki untuk sarapan pagi.
Resepi dorayaki saya cnp dari stephylicious.wordpress.com yg katanya dia dapat dari justonecookbook.com. Banyak lagi sumber2 lain yang kita boleh rujuk untuk resepi dorayaki ni...dan kalau dari jepun tu kebanyakannya letak mirin dalam adunannya. Resepi yang saya rujuk ni bila belek2, sama pulak dengan resepi yang Aznie Khasri share kat fb....dah translate dalam BM, bezanya ada letak minyak dlm resepi aznie.
Dorayaki recipe
Ingredients/bahan2nya
4 eggs (4 biji telur)
140g sugar (140 gm gula - kurangkan skit pun ok)
2 tbsp honey (2 sb madu)
160g all purpose flour (160 gm tepung gandum)
1 tsp baking powder (1 sk serbuk penaik)
1-2 tbsp water (1 - 2 sb air)
1 18oz/520g can Ogura-An, or homemade sweetened red bean paste (inti kacang merah atau inti coklat secukupnya)
Steps:
1) In a large bowl, combine eggs, sugar, and honey and whisk well until the mixture gets fluffy.
Dalam mangkuk besar, satukan telur, gula dan madu. Pukul hingga adunan gebu. - boleh guna whisker atau mixer elektrik)
2) Sift flour and baking powder into the bowl and mix. Keep in the fridge to rest for 15 minutes.
Ayakkan tepung dan serbuk penaik ke dalam mangkuk dan adun sebati. Rehatkan adunan selama 15 minit di dalam peti sejuk.
3) Stir in ½ Tbsp of water at a time to get the right consistency. It should be a little bit thicker than pancake batter. If the batter is too thin, Dorayaki buns will be too flat and not fluffy.
Tambah 1/2 sb air dan kacau rata....tambah lagi hingga mendapat kepekatan adunan yg secukupnya. Adunan dorayaki sepatutnya lebih pekat daripada adunan pankek. Kalau adunan dorayaki terlalu cair, roti yg terhasil nanti terlalu nipis dan kurang gebu.
4) Heat a large non-stick frying pan on medium-low to medium heat. Dip the paper towel in oil and coat the bottom of the pan with the oil. The pan should be slightly oiled but shouldn’t be visible. That’s the secret to get nice texture on the surface of Dorayaki. With a ladle, drop the batter from 1 foot above the pan to create 3 inch diameter “pancake”. When you see the surface of batter starts to bubble, flip over and cook the other side. Transfer to a plate and cover up with damp towel to prevent from drying. Continue making pancakes
Panaskan non-stick pan. Sapukan sedikit minyak menggunakan paper towel. Pastikan pan tidak berminyak banyak sebab nanti permukaan dorayaki tak licin. Sudukan adunan ke atas pan. (Ikut la nak saiz beso mana). Bila permukaan kuih mula berbuih, terbalikkan untuk memasak di sebelah lagi. Angkat dan letakkan dalam pinggan. Tutup dengan tuala untuk mengelakkan kuih kering. Ulang proses hingga adunan habis.
5) Make sandwich with red bean paste. Put more red bean paste in the center so the shape of Dorayaki will be curved (middle part should be higher). Quickly wrap them with saran wrap until you ready to serve.
Ambil dua keping dorayaki. Letakkan inti kegemaran dan lapiskan (sandwichkan). Dorayaki yang cantik tinggi kat bahagian tengah dan.meleper ke bahagian tepi.....hehehe..tapi saya punya ni macam.....🙄🙄...ok la kan...lepas la untuk makan sendiri...
Dia suruh balut ngan plastik wrap supaya tak kering tapi yang ni nak makan terus kot....takdan nak wrap2 dah...
No comments:
Post a Comment