Monday, October 31, 2016

Chocolate Cereal Bar


Tadaaaaaaa....siap sudaaaa. Projek dapur ummi balik dari opis tadi. Idea ni dapat dari opis. Ada orang jual. Macam biasa saya akan belek...teliti untuk kenal pasti bahan2nya. Pastu google ikut nama yang difikirkan sesuai untuk cereal bar ni sebab tak tau nama dia...kat botol tu takde label kot....😉.

Banyak jumpa kat tenet tu...macam2 versi ada. Termasuklah versi yang guna hanya dua bahan ni. Jadi tadi, sekembali dari pejabat, takdan nak tukar2 baju....(tudung jer sempat buka...) saya pun amik la bahan2 yg diperlukan dan teruslah memproses.

Saya tak rajin menimbang, jadi saya main agak2 jer. Pastu gaul2 macam kurang coklat jadi saya cairkan sedikit lagi dan gaul sampai sekata...tuang dalam loyang pun tak dan nak alas bagai.... Saya dapat byk juga...satu loyang 10 ke 12 inci.

Hasilnya dapat la 3 balang sekut yg pendek tu...rezeki kakak yang singgah ke rumah tadi...bagi la dia satu balang.... Esok puas la agaknya anak2 kerjakan....😍😍😍😍.


Kat bawah ni saya sharekan resepi Masz Muhamad sebagai panduan untuk pelawat ZLC yg mungkin tak biasa nak main agak2 ....buat tau....

Resepi chocolate cereal bar

Bahan-bahan

250 gm Chocolate compound
150 gm Nestum (cereal/bijirin)  - eloknya guna yang beli kat bakery tu...yg takde brand sebab teksturnya lebih kasar berbanding jenama nestum tu.


 Cara-cara

1.Cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler atau menggunakan microwave. Sementara itu bakar sebentar nestum di dalam ketuhar agar hasilnya lebih rangup.

2. Setelah coklat cair tuang ke dalam bekas a
nestum dan kacau hingga rata.

3. Kemudian tuangkan adunan nestum ke atas loyang saiz 8"x 8"yang di alas  parchment paper. Tekan2kan adunan supaya padat. Potong adunan sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk untuk coklat membeku selama 10- 15 minit. Keluarkan dan patahkan cereal bar yang telah dipotong tadi dan simpan di dalam bekas kedap udara.


Tips

Guna coklat compound yang berjenama untuk rasa coklat yang lebih enak. Boleh pilih milk chocolate untuk rasa yang lebih manis atau dark chocolate kalau tak nak manis sangat.

Boleh juga guna white chocolate dan tambahkan perisa dan pewarna kegemaran untuk mempelbagaikan hidangan.

Nak guna oat pun boleh, cuma bakar dulu oat tu (tip dr chef yg ajar tu) sebab bila bancuh tu oat tu akan rasa lebih rangup.

Boleh juga tambah kekacang yang telah dibakar terlebih dahulu atau kismis....atau hirisan cerry atau kurma...ikut citarasa.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...