ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Tuesday, October 11, 2016
Nasi goreng simple2 ajer pagi ni
Sarapan pagi nasi goreng pagi ni. Nak buat sup mushroom, roti garlic pulak takde. Sejak BM rosak, lama dah tak meroti, mixer ada tapi malas nak guna, ada BM tu lebih mudah untuk uli sikit2. Nak pegi repairnya entah bila. Nak tunaikan hasrat makan pasta pun tak buat juga sebab macam2 pulak permintaannya....ada yang nak kuah merah, ada yang nak kuah putih.....malas pulak ummi nak buat dua jenis kuah, lagipun daging takde, pegi pasar sabtu lepas, daging fresh penjual tu takde sebab tak sembelih lembu lagi. Sudahnya ummi goreng nasi jer la. Memang masak nasi lebih malam tadi....kalau tak digoreng, membazir pulak.
Anak2 saya ni kebanyakan masanya tak cerewet sangat pasal makanan. Selalu apa yang saya hidangkan takde masalah untuk diorang makan. Kekadang ada special request, mana yang termampu saya layan. Kalau ada dua tiga permintaan serentak, saya suruh diorg bincang untuk buat satu pilihan pada satu2 masa. Alhamdulillah la setakat ni.
Nasi Goreng
1 mangkuk nasi sejuk
2 sb cili kering kisar halus
Garam secukup rasa
15 biji chicken ball (potong kecil)
1 biji bawang besar - cincang
8 biji sweet peas - potong kecil
1 biji lobak merak - potong dadu
Minyak zaiton/masak untuk menumis
Panaskan minyak. Tumis bawang dan chicken ball hingga naik bau dan keperangan. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan nasi dan gaul rata. Masukkan lobak merah. Gaul Sebati. Masakkan hingga lobak empuk dalam 3 - 4 minit. Akhir sekali masukkan kacang. Kacau dalam seminit. Perisakan dengan garam secukup rasa. Tutup api.
(Kalau masak nasi memang untuk dijadikan nasi goreng, boleh letak garam masak menanak nasi. Atau gaul nasi dengan garam dahulu sebelum digoreng)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment