Tuesday, October 25, 2016

Nasi lemak pandan sambal bilis bawang banyak

Tak sempat nak platting bagai pagi ni. Gambar bekal jer la yang sempat diambil. Masa saya bersiap nak ke pejabat selepas selesai memasak, en hubby tolong hidangkan. Bila turun ke bawah tengok anak2 sedang santap dengan penuh selera.

Jadi saya pack untuk bekal ke pejabat dan ambil gambar bekal jer la..hihihi. Apa ada pada rupakan...janji sedap, lagi mengenyangkan...Alhamdulillah.



Nasi lemak pandan special

bahan2nya

5 pot beras basmati (nak guna beras biasa pun boleh jer) - basuh dan rendam 30 minit
8 pot air pandan + santan (kisar daun psndan + kelapa parut)
1/2  sk biji halba
Hirisan halia jika tak masukkan bahan tumis
Garam secukup rasa

Satukan semua bahan dan tanak nasi seperti biasa.

Bahan tumis (optional)

5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 sb mentega
3 sb minyak masak

Hiris bawang dan halia. Tumis semua bahan hingga naik bau dan keperangan. (Setelah nasi masak, biarkan selams 5 minit sebelum di masukkan bahan tumis dan di kareh) Tuangkan ke dalam periuk nasi setelah nasi masak. Kareh rata.


Resepi sambal bilis enak banget

1 cawan ikan bilis - basuh dan toskan
4 biji bawang besar hiris bulat
30 biji cili kering dipotong dan direndam hingga lembut semalaman (boleh juga rebus atau rendam dengan air panas mendidih)
1 batang serai diketuk
garam dan gula secukup rasa
4 sb air asam jawa pekat
1 cawan air
minyak untuk menumis

Kisar cili hingga lumat. Panaskan minyak dan goreng bilis hingga separa garing. Masukkan bawang dan tumis hingga bawang layu.

Masukkan cili dan serai, tumis hingga pecah minyak.  Kacau sekali sekali supaya tidak hangit. Masukkan air asam. Kacau sebati. Kemudian masukkan gula secukup rasa dan air. Biarkan mendidih dan bawang lembut.

Masak hingga sambal pekat.  Perisakan dengan garam secukup rasa dan tutup api

.
Hidangkan bersama timun, kangkung celur, telur dan lain2 ikut citarasa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...