Monday, October 24, 2016

Nasi goreng ikan masin


Menu simple jer malam ni. Nak mengurangkan stok nasi sejuk. Dua tiga hari ni penduduk rumah ni kurang makan nasi. Tu yg asyik terlebih jer.  Jadi hubby suruh goreng ajer. Sayang.

Balik kerja singgah dulu cari sayur dan bahan2 utk sarapan esok. Sampai jer rumah, lepak sekejap. Lepas maghrib baru memasak. Hubby pun balik lambat. Jadi masak lewat sikit supaya takde la sejuk gedi nasi gorengnya.


Nasi goreng ikan masin sempoi

Semangkuk nasi
1 keping isi ikan masin - hiris kecil
1 biji bawang besar cincang
4 ulas bawang putih cincang
Sayuran pilihan
2 sb cili kering kisar
2 biji telur
2 sb kicap
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis


Panaskan minyak. Tumis bawang2 hingga naik bau. Masukkan ikan masin. Tumis hingga garing. Masukkan cili. Tumis lagi hingga pecah minyak. Pecahkan telur dan kacau hancur hingga masak. Masukkan nasi. Gaul rata. Masukkan kicap dan garam secukup rasa. Gaul sebati. Akhir sekali masukkan sayuran. Kacau seketika hingga sayur masak. Jangan terlalu lama nanti sayur berubah warna dan tak sedap.
Selepas itu tutup api dan pindahkan nasi ke mangkuk hidangan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...