Sunday, July 7, 2013

Sambal hitam belimbing buluh

Ada orang panggil sambal hitam pahang sebab femes kat negeri pahang.
Kat sini saya posted resepi dari 2 sumber....saya ikut dua2....belimbing saya lenyek guna lesung tapi tak hancurkan sangat. Cili api pun saya tumbuk tak lumat sgt...
Cuma bawang n bilis jer blend. Kalu blend jgn blendkan sume serentak sebab nanti airnya byk sgt. Blend sikit2....mula masukan bwg besar separuh dgn air sikit. Bila dah hancur baru tambah sikit2 tanpa perlu tambah air....abis blend bawang baru masukkan ikan bilis....
Gambar yg dalam bekas tu guna flash jadi tak nampak gelap sgt berbanding warna sebenar.
Ni resepi dari cikgumawarmerah.blogspot
1 cawan belimbing yg direbus
2 cawan ikan bilis
1 cawan cili padi
2 1/2 biji bawang holland
Gula
Garam
Kicap lemak manis ( saya guna kicap masin 5 sb)
Minyak untuk menumis
Rebus belimbing dalam periuk tanpa air. Biar ia reneh dlm jusnya sendiri sehingga ia bertukar warna kecoklatan.
Hiris 1/2 biji bawang. Blend cili, ikan bilis, bawang dan belimbing dlm food processor. Tumis bawang hiris hingga naik bau, kemudian masukkan bahan yang di blend.
Goreng sehingga kering, perasakan dgn garam dan gula. Masukkan sedikit kicap.
Tapis minyaknya dan sambal disimpan dalam bekas kedap udara.
Ni pulak resepi dari blog madihaa. Dia tak blend bahan tapi tumbuk jer...
Sambal Hitam Pahang Sumber : My mother in law...  
Bahan2
½ cawan belimbing buluh rebus [rujuk resepi cara2 merebus]
½  cawan cili padi (ikut kepedasan masing2)
2 cawan ikan bilis yang telah dikopek 
6 ulas bawang merah [3 ulas ditumbuk, 3 ulas dihiris nipis]
5 sudu besar kicap manis atau secukup rasa garam & gula secukup rasa
1 cawan minyak masak
Makan dengan nasi sedap, ketupat pulut pun sedap.. & rasanya cicah dengan  ubi rebus pun masyukkk juga ni...
Cara2 Menyediakan
1. Sediakan terlebih dahulu belimbing buluh. Kuantiti belimbing buluh terpulang masing2.  Belimbing rebus ni boleh disimpan dalam peti sejuk sebagai stok. Jadi bolehlah rebus banyak2 & simpan stok.  MaDiHaA buat banyak juga rasanya lebih dari 1/2 kg belimbing buluh segar. 
Belimbing hendaklah dicuci bersih.  Masukkan ke dalam periuk TANPA AIR dan renih dengan menggunakan api yang kecil.  Biar sehingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri & kecut.  Selang seminit atau dua minit mesti dikacau supaya periuk tidak hangit.  Biarkan sehingga belimbing mengecut & jusnya betul2 kering dengan api yang kecil sehingga warna belimbing bertukar menjadi gelap. 
PESANAN: jika nak guna untuk buat sekali je sambal ni.. memadai hanya rebus anggaran 10 biji belimbing sehingga belimbing bertukar warna coklat saja.  Tujuan merebus belimbing sehingga betul2 kering & gelap adalah untuk tujuan simpanan.
2.  Tumbuk cili padi sehingga halus.  Tumbuk 3 ulas bawang merah sehingga lumat. (3 ulas lagi dihiris nipis)  Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat.  Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.
3.  Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang yang dihiris sehingga wangi.  Masukkan bahan2 tumbuk sekaligus & tumislah sehingga bahan2 tersebut sehingga nampak agak kering & garing (agak lama juga).  Tambahkan kicap manis, garam & gula secukup rasa. Biarkan sambal kering sedikit (seperti serunding gitu). 
Bila dah garing tutupkan api lalu tolakkan sambal ke tepi kuali beberapa minit supaya minyak tos sebelum dihidang.  Atau boleh juga angkat dan sejatkan sambal menggunakan penapis santan sebelum dihidangkan dengan nasi putih atau ketupat pulut.  
4. Sambal ini boleh disimpan lama & boleh buat banyak2 untuk simpan stok.   Boleh dihidang dengan apa saja juadah yang rasa sesuai dihati anda... Sedap yang teramattttt!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...