Resepi ni saya dapat dari Coretan Dari Dapur. Namanya biskut green peas. Kirim ngan hubby belikan tepung green peas tu, cakap kat dia tanya jer orang kedai tu. Bila dapat.....tepungnya bukan warna hijau tapi putih....namanya green peas starch.....tapi disebabkan bendanya dah ada jadi teruskan juga la dengan yakin biskut ni sedap gak. Cumanya sebab baunya tak menyerlah saya tambah 2 sk cappucino paste....
Sedap...rangup dan ringan jer biskut ni..budak2 suka.
Bahan-bahan
1 kg tepung kacang hijau
1 kg tepung gandum
500g gula icing
1 sudu kecil garam halus
650 g minyak mazola atau secukupnya sehingga menjadi doh yg lembut
Sapuan: 2 biji kuning telur + 1/2 sudu kecil air + sket pewarna kuning
Cara membuat:
Gaulkan semua bahan kecuali minyak.
Kemudian masukkan minyak sedikit demi sedikit sehingga mendpt doh yg lembut sehingga boleh digentel bulat.
Susun dlm loyang bergris kemudian sapu dgn campuran kuning telur.
Bakar pd suhu 160C selama 20 min atau sehingga masak. Sejukkan dan boleh lah disimpan ke dlm bekas kedap udara.
No comments:
Post a Comment