Friday, January 27, 2017

MARBLE CHEESE BROWNIES..

Hari ni balik jer dari opis sempat la memakar seketul brownies untuk bekal balik kampung sementara menunggu hubby balik solat jumaat. Saya guna resepi yang diintai dari blog Mat Gebu. Mudah buat brownies ni, bahan pun simple jer. Cumanya saya guna loyang yang agak kecil jadi lapisan coklatnya agak tebal.


Lain kali kena ingat!!! Guna loyang 10 x 10....dan saya ingat nanti kalau buat nak tambah adunan cheese tu jadi dua adunan supaya lapisan cheesenya lebih tebal...

Masak membakar lapisan coklat tu saya sebenar terlupa nak asingkan sedikit untuk hiasan atas cheese tu jadi saya gunakan adunan cheese dan letak pewarna....hahhaha jadilah....nak buat camna.......


MARBLE CHEESE BROWNIES..


BAHAN-BAHAN BROWNIES :-)
250 gram mentega
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu sejat
1 1/2 cawan gula perang
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan, gaul dan ayak)
1 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-

Lenser tin berukuran (10 x 10 x 2) inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak, biar kertas minyak terlebih dari tin. Lenser juga kertas minyak dengan mentega. Panaskan oven pada suhu 175C.

UNTUK BROWNIES :-

Cairkan mentega (gunakan kaedah double-boiler) hingga cair, masukka serbuk koko dan kacau hingga rata. Kacau gula halus + telur dengan whisk hingga sebati. Masukkan ke dalam bancuhan koko + butter dan gaul rata. Masukkan susu cair, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan asingkan adunan ini lebih kurang 1 1/2 camca besar untuk dibuat corak atas cheese. Tuang selebihnya dalam loyang tadi, bakar 25 - 30 minit atau hingga brownies masak.


BAHAN-BAHAN TOPPING CHEESE :-)

250 gram cream cheese
1 biji telur gred B
3/4 cawan gula perang
Parutan kulit lemon dari sebiji lemon (saya guna oren)
1 camca teh jus lemon (saya guna oren)
2 camca besar susu sejat

(Gandakan sukatan untuk lapisan cheese yang lebih tebal)

UNTUK CHEESE TOPPING :-

Putar cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur, parutan kulit lemon, susu sejat dan putar lagi hingga berkrim. Tuang atas brownies tadi dan ratakan. Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi dalam piping beg, dan buat beberapa garisan lurus (atau corak yang anda gemari), kemudian lorekkan untuk mendapat hasil seperti dalam gambar. Sambung membakar selama 15 - 20 minit lagi atau hingga masak, biarkan betul2 sejuk, baru dipotong untuk dihidangkan...


CATATAN MAT GEBU :-

Mat simpan brownies ni dalam peti sejuk selama semalaman atau sekurang2nya 2 jam, tujuannya, bila kita potong, ia akan menghasilkan potongan yang cantik dan licin...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...