Terliur tengok masakan yang dikongsi kawan di fb menyebabkan saya pilih menu ni untuk tengahari semalam. Kalau dia gunakan udang galah, saya pulak guna udang pengantin sebab itu yang ada dalam freezer. Sos saya pulak nampak kemerahan sebab saya guna cili merah yang agak banyak kuantitinya....bagi pedas2 sikit.
Udang sos mentega berlrim
Bahan2nya
1/2 kg udang besar
1/2 biji bawang besar@ bawang holland
5 ulas bawang putih - cincang atau pecahkan sahaja
2 biji cili merah - buang biji dan hiris
1 cawan susu segar (atau 1/2 cawan fresh krim + 1/2 cawan air)
2 sb mentega
1 sk penuh tepung gandum
3 tangkai daun kari
1/2 biji perahan lemon
Garam dan gula secukup rasa
Cara2nya
Goreng udang dengan sedikit minyak hingga masak (berubah warna dan melengkung), toskan. (Airnya boleh juga digunakan sos jika suka)
Untuk sos
Panaskan mentega. Tumis bawang, bawang putih, cili dan daun kari hingga naik bau. Masukkan tepung dan kacau rata seketika. Tuangkan susu. Kacau sebati dan masak hingga pekat. Perisakan dengan garam, gula dan perahan lemon secukup rasa. Masukkan udang dan gaul rata. Angkat dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment