Wednesday, April 6, 2016

Udang rangup masam manis



Menu ringkas jer tengahari ni. Stok udang sungai yu yg dibeli 2 minggu lepas jer yang tinggal. Lauk2 lain dah habis. Esok kalau ada rezeki nak cari stok baru.  

Resepi ni saya reka2 sendiri. Macam terkenang2 udang rangup yang saya makan kat bahrain. Tapi takde resepi....dan nama masakannya pun dah lupa. 

Udang Rangup Masam Manis @ ZLC

Bahan2nya 

1 kg udang kulit putih - buang kulit tengahnya sahaja, ekor dan kepala tinggalkan
3 sb tepung jagung
1 cawan tepung gandum
2 sk serbuk penaik (baking powder)
1 cawan air
1 sk serbuk paprika
1 sk maggi cukup rasa
4 sb minyak masak
Bread crumb secukupnya

Gula secukup rasa
1/2 biji jus lemon
Air secukupnya + 1 sk tepung jagung
6 sb sos cili thai
Garam secukup rasa
1 sk parutan halia
2 biji cili padi - hiris (jika suka pedas)
3 helai daun limau purut - hiris
1 1/2 cawan hirisan cili benggala
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng



Cara2nya

Gaul udang dengan 3 sb tepung jagung. Dalam mangkuk lain satukan tepung gandum, 3 sb minyak, serbuk penaik, garam dan paprika. Tambah air sedikit sedikit ke dalam tepung. Adun hingga rata menggunakan whisker. Tuangkan adunan ke dalam mangkuk berisi udang dan biarkan selama 15 minit. 
Tuangkan gula, garam, jus lemon, sos cili dan  ke dalam mangkuk dan gaul rata. Panaskan baki 1 sb minyak dalam pan menggunakan api sederharna. Masukkan halia, bawang, bawang putih, daun limau purut, cili padi dan tumis hingga naik bau. Masukkan cili benggala. Gaul rata dan tumis dalam 30 saat. Masukkan air tepung jagung uddan masak hingga sos memekat. Kacau selalu. Ketepikan.


Panaskan minyak di dalam kuali atau pan. Ambil udang dan golekkan ke atas breadcrumb. Goreng yang telah disalut hingga keperangan dan garing. Angkat dan toskan minyaknya. (guna paper towel untuk serap lebihan minyak) Susun udang yang telah digoreng rangup ke atas pinggan, panaskan sedikit sos tadi dan tuang ke atas udang. Taburkan bijan dan hirisan daun ketumbar jika suka.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...