Baca tajuk entri macam best jerkan.....nak tau jugakkan cara nak pikat hati suami dan anak2 nih.....
Ada macam2 cara sebenarnya....salah satunya melalui masakan. Tu la yang saya cuba praktikkan... Dari dulu, walaupun pernah 4 tahun ada maid tapi bab masak memasak ni saya pilih untuk buat sendiri. Taknak la suami dan anak2 makan airtangan pembantu. Sekarang ni, bila takde maid, saya masih memasak setiap hari......selain dapat memastikan keluarga dapat makanan yg yakin kebersihan dan sumbernya, dapat juga jimatkan kos berbanding membeli makanan siap di luar.
Menunya tak la canggih2....menu2 biasa. Sesekali masak yg special sikit dan kena rajin mencari idea untuk mempelbagaikan hidangan. Kalau boleh apa saja masakan yang ada kat kedai luar sana tu, kita cuba sediakan kat rumah. Kat kedai hidang lamb chop, kita masak lamb chop kasih sayang kat rumah, kat kedai jual churros, kita buat churros cintaku pada mu kat rumah....sekarang mudah....resepi, cara2 nak buat semua ble minta pakcik google carikan. Tu yang kalau ummi cuti masak lama sangat anak2 terutamannya start request nak makan macam2. Menu sama tak ulang terlalu kerap.
Kalau saya tak masak hubby atau kakak yg tinggal sekali akan àmbil alih tugasan memasak...... Bukan la tak makan kat luar langsung......sesekali kitrg keluar jalan2 cari makan juga....tapi kekerapannya amat minimum.
Saya dan suami mungkin dah terdidik dari kecil makan masakan di rumah. Latar belakang ekonomi keluarga masa tu pun sedikit sebanyak mempengaruhi. Bila dah berkemampuan ni pun kami masih merasakan masakan dirumah terutama yang disediakan oleh ibu bapa sendiri untuk anak2 tu lebih baik.
Satu lagi pada saya dan suami, bila memasak ni selain kebersihan dan sumbernya dapat dijaga, aktiviti ni jugak boleh mengeratkan hubungan. Hubungan suami isteri bila masing2 saling membantu dalam penyediaan makanan. Hubungan dengan anak2 sebab anak2 pun biasanya akan teruja jika diberi peluang membantu menyediakan masakan.
Sambil2 memasak tu kita boleh saling bersembang.....saling bertukar2 cerita tentang aktiviti harian. Satu lagi, macam saya sendiri yang banyak sangat belajar memasak melalui pengalaman melihat dan membantu menyediakan makanan dari kecil lagi, begitu la anak2 ni. Nanti bila dewasa sekurang2nya tak la susah dia nak memasak, sekurang2nya dia kenal mana satu serai, daun kunyit...dapat bezakan antara halia dan lengkuas serta kenal bahan2 asas masakan. Betul tak....
Jom kita pikat keluarga dengan airtangan sendiri....
Sambal sotong ZLC
1 kg sotong
*20 biji cili kering
*2 biji bawang besar
*5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar potong bulat
Minyak secukupnya untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
2 batang serai ketuk
1/2 cawan air asam jawa cair
*Kisar dengan 1/2 cawan minyak masak. Masukkan bahan kisar dalam kuali dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan serai dan gula kacau rata hingga gula cair. Masukkan pula air asam jawa. kacau sebati. Masukkan sotong. Tumiskan hingga kedua2nya masak. Perisakan dengan garam secukup rasa dan masukkan bawang hiris. Masak seketika hingga bawang sedikit layu. Tutup api dan sedia dihidangkan.
**** sesetengah orang suka sambal yang berminyak untuk kelihatan lebih menarik tapi saya biasanya menggunakan minyak yang tidak terlalu banyak. Cili kena masak betul2 hingga pecah minyak untuk menghilangkan bau cili mentah dan kurang enak dalam sambal tumis nih.
Sup sayur tu simple jer....tumis bawang merah, bawang putih dan sedikit bilis hingga naik bau dan keperangan. Masukkan air secukupnya. Biar air mendidih dan masukkan sayur dan perisakan dengan garam secukup rasa. Kalau suka boleh masukkan hirisan cili. Masuk sayur jangan sampai lembik. Dah masak terus pindahkan sayur dalam bekas hidangan untuk elakkan haba dari periuk atau kuali terus masakkan sayur dan sebabkan sayur jadi benyek dan hilang hijaunya.
No comments:
Post a Comment