ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Tuesday, May 8, 2018
Fried tuna Pasta
Bila ketandusan dan kekeringan bahan nak masak untuk potluck sempena gotong royong bersihkan surau nak menyambut ramadhan sabtu lepas... Bangun pagi tu masih berkira2 nak masak apa...macam2 menu terlintas tapi bahan tak cukup. Last2 keluar idea nak masak spaghetti tuna dan apam sua jer....
Fried spaghetti with tuna
250 gm spaghetti (angle hair)
Air secukupnya
Garam
-----------------
Panaskan air dan letak garam. Biarkan mendidih. Masukkan spaghetti dan rebus hingga lembut. Toskan dan basuh sedikit untuk membuang kanjinya.
**********
2 tin tuna dalam air toskan dan keringkan airnya
1 biji bawang holand dicincang
5 ulas bawang putih dicincang
8 biji cili padi dihiris
2 biji limau kasturi - perah jusnya
2 sb mentega
4 sb minyak zaitun
Garam secukup rasa
-----------------
Cairkan mentega. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili api hingga naik bau dan sedikit perang.
Masukkan tuna dan goreng hingga sebati. Perahkan limau....kacau rata. Masukkan spaghetti, kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan gaul rata. Tutup api dan tuangkan minyak zaitun. Kacau rata dan hidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment