Tuesday, May 22, 2018

Kek Coklat (BEST MOIST CHOCOLATE CAKE)


Kek Coklat tempahan sempena hari guru....sekali rasa pasti nak lagi.



BEST MOIST CHOCOLATE CAKE
zulfadreamland.blogspot.my

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
2 cawan gula
3/4 cawan serbuk koko
2 tsp soda bikarbonat
1 tsp serbuk penaik
2 biji telur saiz A @ B
1 tsp garam
1 cawan buttermilk (1 cawan  susu segar + 1 sb cuka/jus lemon - kacau skit, biarkan 15 minit)
1 cawan minyak masak
1 1/2 tsp asen vanilla
1 cawan air mendidih (boleh dijadikan 1 cawan kopi sekiranya suka) atau campurkan dengan 2 sk nescafe

Cara Penyediaan

Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan.Lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak.Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl.Putar pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit.

Kemudian masukkan air panas mendidih dan teruskan memutar hingga sebati.Tuangkan ke dalam loyang.(9inci loyang)Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak sepenuhnya. Cucuk kek dengan lidi atau pisau.

Sekiranya pisau atau lidi yang dikeluarkan bersih, maknanya kek telah masak. Sekiranya terdapat adunan kek yang masih basah melekat pada pisau atau lidi, bakar lagi kek dengan tambahan masa 5 minit dan uji lagi selepas itu sehingga kek masak sepenuhnya. Sejukkan kek sebelum dinikmati atau dihias.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...