Thursday, November 2, 2017

RESEPI ROTI & DONUT LEMBUT


Seronok petang ni buat roti dan donut ada ring dan gebu gebas lembut sangat. Berbaloi2 mencuba resepi nor jannah ni.

Lama sangat tak buat donut ni....agaknya dah makan tahun juga. Semalam tetiba datang mood...dua tiga menjak ni kerap pulak nampak org tayang donut gebu.

Resepi ni 2 in 1.....bakar jadi roti.....goreng jadi donut.....sama gebu hasil. Tak caya uols cuba yer.


RESEPI ROTI DAN DONUT LEMBUT
Resepi Oleh: Nor Jannah
Dicuba Oleh: Zulfaza Loves Cooking

Bahan A:

Tepung gandum- 500 gram
Gula kasar- 80 gram
Garam- 6 gram
Yis- 8 gram
Bread Improver- 5 gram
Marjerin- 55 gram / shortening utk warna lebih putih

Bahan B:

Telur- 1 biji gred A
Ais Kiub- 100 gram
Air biasa- 140 gram

Cara untuk uli menggunakan mixer:

1) Timbang bahan A dan masukkan ke dalam bowl.

2) Timbang bahan B dan masukkan ke dalam A.

3) Putar menggunakan mixer dengan menggunakan speed rendah dahulu sehingga sebati.

4) Kemudian boleh tukar ke speed medium. Putar sehingga doh elastik iaitu doh licin, berkilat dan tarik tidak putus.


[ Cara untuk membuat donut ]

1) Timbang doh 40 gram untuk membuat donut.

2) Bulatkan dan letak atas tray yang di tabur sedikit tepung agar donut tidak melekat di tray.

2) Perap 20 minit dulu. Baru canai, kemudian boleh lubangkan donut dengan jari atau nak guna nozel pun boleh untuk buat lubang.

3) Sambung perap sehingga naik dua kali ganda.

4) Panaskan minyak dengan api sederhana. Angkat donut menggunakan sudip yang di celup minyak panas. Letak donut dalam kuali.

5) Ulangi step ni, sehingga donut penuh dalam kuali. Tidak perlu nak kalih donut. Jika donut dah masak atau berwarna perang. Barulah di kalih.

*Untuk mendapatkan ring di tengah, donut tidak boleh banyak kali di kalih. Cukuplah dua kali kalih saja.

*Jika banyak kali kalih, donut juga akan menyerap minyak.

6) Siap di goreng, toskan.

7) Salut dengan 2 jenis gula bila donut dah suam. Gula castor 100 gram + Gula icing 80 gram. Jika tidak ada, boleh blander gula kasar separuh halus.


Cara untuk membuat Roti

1) Setelah siap, keluarkan doh dan timbang 33 gram. Bulatkan dan letak dalam loyang 5 inci sebanyak 5 biji.

2) Perap sehingga doh naik paras loyang dan bakar suhu 160'c selama 30 minit, api atas bawah. (Suhu ikut suhu oven masing-masing)


[ Jika guna bread maker @ BM ]

1) Masukkan bahan cecair di bawah dulu. Bahan kering di atas.

2) Sukatan ais kuib boleh tukar ke air biasa.

3) Boleh uli dua kali untuk dapatkan hasil roti yang halus.

4) Selepas siap, boleh timbang dan ikut step membuat roti/ donut seperti di atas.

Saya halalkan ilmu yang di beri. Sharelah untuk semua. Terima kasih.

#KelasKakJannah


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...