4 biji kek pisang saya buat semalam. 2 untuk jamuan akhir tahun anak2, 1 untuk tempahan member office dan satu untuk makan sendiri dan bawa untuk makan dengan member2 office.... Resepi kek ni saya olah sedikit dari sumber asal azlita masam manis. Saya kurangkan gula dan tambah 2 sb susu pekat....ermmmmmm....sedap...moist sangat kejadiannya.
Kek Pisang lembut Dan Moist (Moist Banana Cake)
Bahan-Bahan Kek
4 biji telur gred A
8 biji pisang emas ~ 7 biji dilecek dan sebiji di hiris nipis untuk hiasan
1 cawan gula kastor atau gula halus (saya kurangkan sedikit gulanya dan tambah 2 sb susu pekat)
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan butter dicairkan atau minyak jagung
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen pisang atau esen vanilla
sedikit garam
Cara-cara membuatnya:
Mula-mula kita kena panaskan oven dahulu pada suhu 170C
Oven hendaklah di panaskan 15 minit sebelum memasukkan kek ke dalamnya
Campurkan tepung gandum bersama baking powder dan kemudian di ayak, ketepikan
Pisang di lecek lumat. Tinggal baki 1 biji untuk hiasan.
Campurkan garam dan juga soda dalam pisang lecek dan gaul rata, ketepikan.
Dalam bekas pemutar, putarkan telur bersama gula dan esen pisang hingga kembang.
Kemudian tuangkan butter cair dan gaul rata.
Tuangkan adunan pisang ke dalam adunan telur dan kaup balik rata.
Kemudian masukkan tepung dan kaup balik adunan sempurna.
Sediakan loyang ukuran 9 inci, alas loyang dengan kertas pembakar dan sapukan loyang dengan sedikit butter.
Tuangkan adunan ke dalam loyang.
Hiaskan atas adunan dengan kepingan pisang yang di hiris nipis supaya pisangnya tak tenggelam dan elok cantik terletak selepas masak.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 45 minit atau sehingga kek telah masak dengan sempurna.
Cucuk tengah kek dengan lidi untuk pastikan kek telah masak. Jika lidi keluar kering maknya kek telah cukup masak, jika sebaliknya tambahkan lagi masa membakar.
No comments:
Post a Comment