ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Monday, November 20, 2017
Nasi goreng petai
Makan malam masakan encik suami. Nasi goreng petai. Sedap sangat. Anak-anak suka tapi petainya diketepikan. Masing-masing belum pandai makan petai.
***jangan lupa petua nak hilangkan bau dimulut selepas makan petai. Minum segelas susu segar, Insya Allah mulut tak berbau petai. Jadi bila membeli petai jangan lupa beli susu segar sekali yer.
Nasi goreng ikan masin sempoi
6 cawan nasi sejuk
1 keping dada ayam - hiris kecil
Tumbuk *
*1 biji bawang besar cincang
*6 ulas bawang putih cincang
*6 biji cili padi (boleh tambah ikut citarasa)
1 pokok sawi - potong kecil
1 mangkuk kecil petai
5 sb kicap
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Panaskan minyak. Tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau. Masukkan ayam. Tumis hingga ayam masak. Masukkan nasi. Gaul rata. Masukkan kicap dan garam secukup rasa. Gaul sebati. Akhir sekali masukkan sayuran. Kacau seketika hingga sayur masak. Jangan terlalu lama nanti sayur berubah warna dan tak sedap.
Selepas itu tutup api dan pindahkan nasi ke mangkuk hidangan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment