Menu express....sayur dan lauk pauk dlm satu hidangan. Nak cepat....
Hari ni memang sangat2 padat. Dari selepas subuh sampai jam 3 lebih petang baru la slow down....itu pun sebab perlu bergerak ke shah alam. Menu penyelamat macam ni memang mudah....sedap pulak. Memasaknya pun mudah....tak sampai setengah jam siap terhidang.
RESEPI PAPRIK AYAM ALA THAI
http://zulfadreamland.blogspot.my
Bahannya :-
1/2 ekor ayam - potong kecil
*2 biji bawang besar dipotong bulat
*3 ulas bawang putih diketuk
*2 inci halia dihiris halus
*2 batang serai dititik/ketuk
5 helai daun limau purut - hiris
5 biji cili padi - ketuk (@ ikut citarasa)
5 sb sos tiram
5 sb sos cili
5 sb sos tomato
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
Sayuran pilihan
Lobak merah dipotong
bunga kobis
kacang panjang
Putik jagung
Capsicum
Caranya :-
Potong sayuran ikut suka.
Panaskan minyak. Masukkan ayam. Goreng hingga airnya kering. Masukkan serai dan daun limau. Tumis hingga sehingga naik bau,
Kemudian masukan cili padi tumis hingga layu. Masukan bahan sos dan letak sedikit air, Kacau rata. Kemudian masukan sayuran. Kacau sebati dan biar seketika hingga sayur empuk Perisakan dengan garam secukup rasa. Siap dihidangkan.
No comments:
Post a Comment