Menu hari ni. Hari ni ambil cuti. Kebetulan jumaat ada pasar kat Jalan Paip Meru nih...lama tak pegi. Lepas hantar anak sekolah, singgah la pasar ni...cari lauk untuk stok minggu depan. Weekend ni tak sempat nak ke pasar dah. Kenduri kawen adik ipar kat Pahang.
Tengok udang galah tadi teringin pulak nak buat kari....tapi bila dah masak lain pulak hasilnya....hehehe...kepala fenin...jadi masak yg mudah2 jer....itu pun lambat masak. Anak balik sekolah sampai tertidur2 tunggu lauk siap....tapi berbaloi tunggu.....kannnnkannn.
Buttered Prawn with Egg Floss
@ http://zulfadreamland.blogspot.my
BAHAN BAHAN :
1 kg ekor Udang size besar atau Sederhana
Sedikit Garam
1 sk Lada hitam
1 sk serbuk paprika
70 gm mentega + 5 sb minyak untuk menggoreng
3 ulas Bawang Putih ~~ dicincang
6-8 tangkai Cilipadi ~~ dihiris (tak letak kali ni)
*5 tangkai Daun Kari (lupa letak kali ni) - lurutkan
Cairkan mentega dan masukkanminya. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili dan udang. Tumis hingga udang berubah warna. Perisakan dengan lada hitam, paprika dn garam secukup rasa. Goreng lagi hingga udang masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantak dan agak keras bila dimakan. Angkat dan masukkan ke dalam bekas hidangan.
*Goreng daun kari hingga garing dan tabur ke atas udang.
Untuk flos telur
7 biji kuning telur
1/4 cawan Susu Cair
Satukan telur dan susu. Kacau sebati. Panaskan minyak yg banyak. Guna chop stick, buat pusingan di dalam minyak tadi. Angkat mangkuk adunan telur tinggi dan tuang perlahan2 ke dalam minyak sambil tangan yg satu lagi terus membuat pusingan di dalam kuali. Goreng hingga garing. Angkat dan tos minyaknya. Taburkan Sarang Telur/Floss yang kita buat tadi ke atas hidang udang.
No comments:
Post a Comment