ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Sunday, April 2, 2017
Tauhu sumbat
Menu kegemaran anak2...resepi mudah tapi anak2 makan bertambah2.
Tauhu Sumbat
Tauhu gaul garam, kunyit goreng macam biasa...potong 3 segi, belah tengah untuk sumbat sayur. (Ada yg potong dulu baru goreng)
Bahan sumbat
Timun
Sengkuang
Karot
kalau suka tauge celur
Hiris - lidi timun dan karot (serta sengkuang). Boleh juga parut. Gaul sayuran.
Sumbat ke dlm tauhu.
Sos
Kisar 15 biji cili kering kisar + 5 ulas bawang putih + 10 sb gula perang (ikut citarasa) + garam (ikut citarasa) + 3 sb cuka (tak nak guna cuka boleh ganti ngan air asam jawa)
Masak sampai pekat sedikit. (Boleh tapis sos atau hidang terus).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment