Thursday, April 13, 2017

KUIH PAUNG GORENG


Akhirnya, siap juga kuih ni....daripada hari isnin rebus ikan....selasa perisi ikan dan masak inti, rabu baru la siap kuihnya untuk dimakan. 3 hari tu....mana taknya, balik kerja masak dulu lauk pauk untuk berbuka, bila lauk dah siap, dah nak masuk waktu. Sudahnya terbengkalai projek. Semalam sebab intinya dah siap jadi mudah sikit kerja. Tinggal nak adun doh dan goreng.  

Sedap banget kuih ni...dan kalau orang tak suka kuih manis2 tu, elok sangatla makan kuih kaya protien ni. Cuma satu masalahnya nak buat kuih ni, bila masa menggoreng tu kena hati2, salah timing dan salah teknik boleh meletup kat dalam kuali tu.


Kuih traditional negeri Terengganu, kuihnya seakan2 kuih bom, tapi intinya isi ikan dan kulitnya tidak disalut dengan bijan. Kuih ni pun lama-lama kalau tak dikongsi resepinya bakal mengalami kepupusan. Orang luar terengganu pun ramai yang tak pernah tau kewujudan kuih ni sebab rasanya tak pernah nampak dijual di negeri lain. Resepi ni saya olah dari sumber chef henieliza dan beberapa sumber rujukan lain. Memang dah lama teringin nak makan, takde yang menjual disini, jadi gagahkan juga membuatnya. Dah dapat rasa, puas hati sangat sebab berbaloi mencuba.

KUIH PAUNG GORENG @ ZLC
@ http://zulfadreamland.blogspot.my


Bahan Inti

5 - 8 ekor ikan sardin/selayang/pelaling/kembung
2 biji bawang besar [cincang]
1 cawan santan pekat
3 cm halia [cincang]
1 sk lada hitam
1 s/k halba
1 gula dan garam secukupnya
1 keping asam gelugor

Cara membuat

1. Ikan direbuskan dan sejukkan.
2. Ambil isi ikan dan hancurkan.
3. Masukkan semua bahan dalam kuali dan masakkan sehingga agak kering. Sentiasa kacau supaya tidak hangit.


Bahan doh

1/2 paket tepung pulut
1/4 cawan tepung gandum
Air secukupnya
sedikit garam
minyak untuk menggoreng terendam

1. Gaulkan tepung pulut, tepung gandum dan garam. Masukkan air sedikit sedikit sambil uli hingga jadi doh yang lembut.
2. Ambil sedikit doh, leperkan. Masukkan inti ikan, tutup inti dengan doh tadi dan bulatkan. Ulang proses hingga siap.
3. Gorengkan dalam minyak yg banyak dengan api paling perlahan.
4. Bila nampak keperangan angkat dan toskan minyak


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...