Sunday, April 2, 2017


Menu pilihan untuk majlis ilmu malam minggu. Nasi lemuni....menu femes dari utara. Ramai yang tak pernah kenal daun lemuni apatah lagi merasai kelazatannya bila dimasak dengan nasi.

Selain nasi lemak, lemuni ni kalau buat nasi ulam pun lazat juga. Apa2 pun nak ucapkan terima kasih kepada penyumbang2 bahan masakan untuk menu ni. Moga diberikan rezeki yang berlipat kali ganda... dan tak lupa juga kepada yang sudi meluangkan masa membantu proses penyediaan menu kali ni... Moga Allah berikan ganjaran yang terbaik buat semua.


Nasi Lemuni @ ZLC

BAHAN BAHAN :

2 cawan Beras ~ Saya guna basmathi
2 Santan
Secekak Pucuk Lemuni di kisar dgn 1/2 cwn air
2 ulas Bawang Putih - hiris nipis
3 ulas Bawang Merah- hiris nipis
1 inci Halia- hiris nipis
2 helai Daun Pandan - koyak dan disimpul
1/2 sk halba
(1/2 sk serbuk lada hitam - untuk wanita berpantang atau jika suka)
Garam secukup rasa

Beras tu dibasuh, rendam 20 - 30 minit bersama sesudu kecil garam dan ditoskan. Kemudian satukan semua bahan diatas di dalam periuk atau rice cooker. Kemudian tenggek atas api atau onkan rice cooker. Kacau sesekali supaya daun lemuni dan semua bahan tu sekata. Kecilkan api setelah air hampir kering dan tutup rapat periuk nasi. Biarkan tanak selama 5 minit lagi. Tutup api dan biarkan 5 minit sebelum buka tudung dan kareh rata.

**** Semasa penyediaan nasi lemuni ada yang menapis daun yg telah dikisar halus untuk mendapatkan airnya saja atau dimasukkan semua daun yang telah dikisar tu sekali ketika menyediakan nasi. Nasi yang disediakan dengan memasukkan daun menghasikan nasi lemuni yang lebih wangi baunya dan lebih enak bila dimakan.

Seperti nasi lemak lain, nasi lemuni ni juga sesuai dihidangkan dengan sambal tumis, telur dan ulaman timun dan kangkung celur.


Sambal Tumis Ikan Bilis
@ zulfadreamland.blogspot.my

500 gm kan bilis
1 mangkuk cili kisar
10 biji bawang besar - hiris
1 sb asam jawa di bancuh dengan 1/4 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
5 batang serai - dititik
1 cawan minyak masak

Cara2nya :-

Masukkan minyak ke dalam kuali. Panaskan dan masukkan ikan bilis yang telah dibaauh dan ditoskan. Gorengkan seketika hingga naik baunya. Masukkan bawang hiris dan serai. Tumiskan hingga bawang layu. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.

Masukkan gula secukup rasa. Biarkan merenih seketika. Kemudian masukkan air asam. Kacau rata dan renihkan seketika. Kacau sambal sesekali supaya tidak berhangit. Tambah air secukupnya ikut kepekatan sambal yang diingini.

Akhir sekali sesuaikan rasa....masukkan garam dan tambah gula sekiranya perlu. Sedia dihidangkan.


Telur dadar mayonis

5 biji telur
1 sb mayonis
Garam secukup rasa
1 biji bawang besar - hiris
Cili padi/cili besar - hiris

Satukan dan kacau sebati. Goreng hingga keperangan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...