Sup merah gearbox kambing siap untuk lunch harini.....guna FP sebab tak larah nak renih berjam-jam. Lama sangat tak layan sup ni. Anak2 suka sangat...kalau masak berebut2 nak sedut sumsum tulang tu.....iman tadi dah ready nak makan yg dlm mangkuk ni....tak sabar nak tunggu tengahari katanya.
Berhasrat nak cuba....resepi kat bawah ni tau:-
SUP MERAH GEARBOX KAMBING @ ZLC
Bahan2nya:-
2 kg gearbox kambing
1 cawan tepung gandum
100 gm halia (diketuk) -(4 inci halia)
3 liter air (12 cawan air)
Kisar bersama:
85 gm cili kering (di gunting dan rebus hingga kembang dan toskan) - (20 biji @ ikut selera)
80 gm bawang putih (1 labu)
250 gm bawang merah (2 biji bawang besar @ 15 ulas bawang merah)
80 gm halia (3 inci)
Bahan tumisan:
5 batang serai - dititik
200 gm bawang besar- hiris nipis
4 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
10 biji buah pelaga
15 biji cengkih
200 gm minyak sapi (1 senduk)
Bahan2 lain:-
garam secukup rasa
Gula melaka (1/2 keping @ 1/2 ketul)
100 ml sunquick base (orange) (1/3 cawan )
100 ml sos tomato (1/3 cawan)
100 ml sos cili (1/3 cawan)
425 gm tomato puri
1 tin (400 gm) susu cair
4 biji (anggaran 450 gm) tomato (dibelah 4)
150 gm kismis kuning
1 pokok daun bawang (hiris kasar)
2 batang daun saderi (daun sahaja - hiris kasar)
1 pokok daun sup (daun sahaja - hiris kasar) (boleh gantikan dengan 2 pokok daun ketumbar)
Caranya:-
Cuci ketulan daging kambing dan toskan. Masukkan ke dalam bekas bersama tepung gandum.
Gaul rata dan perap 30 minit. Sesudah itu cuci bersih dan toskan airnya.
Masukkan ketulan daging kambing tadi ke dalam periuk bersama halia ketuk dan air.
Rebus hingga airnya tinggal 1/4 dari asal.
Ambil air rebusannya. Simpan kedua2 bahan ini dalam peti sejuk sehingga digunakan
Sementara itu panaskan minyak sapi dan masukkan kulit kayu manis
Kemudian masukkan bunga lawang, buah pelaga dan cengkih. Kacau sebentar.
Masukkan hirisan bawang besar.
Kacau hingga bawang menjadi ringan.
Masukkan serai yang telah dititik dan kacau hingga bawang menjadi kuning.
Kemudian masukkan bahan kisar dan garam.
Tumis bahan2 ini hingga garing dan selalu di kacau.
Kecilkan api dan masukkan puri tomato, sos cili, sos tomato dan kismis. Kacau rata.
Masukkan susu cair dan kacau lagi.
Masukkan air rebusan kambing tadi dan kacau kemudian masukkan sunquick. Kacau hingga sebati.
Masukkan gula melaka, gula pasir dan serbuk perasa. Didihkan sebentar di atas api sederhana.
Kemudian masukkan daun pudina dan kacau.
Masukkan ketulan daging kambing yang telah direbus tadi dan ratakan.
Didihkan hingga pekat (selalu di kacau) dan rasa masam manisnya.
Kemudian masukkan hirisan daun sup, daun bawang dan daun saderi bersama tomato. Kacau rata.
Didihkan sebentar dan kemudian padamkan api.
Sendukkan ke dalam mangkuk dan hidangkan.
Taburkan hirisan daun pudina jika suka. Hidangkan dengan nasi beriani, nasi minyak, nasi putih atau roti.
No comments:
Post a Comment