
What's for dinner mom.......mee hailam ajer.....sofiya request mee rebus tapi mana nak sempat buat mee rebus sbb tak plan awal....bahan pun tak berapa nak cukup....jadi ummi masakkan mee hailam....
Kalau ikut, mee ni ala kadar jer masaknya...bahan2 hiasan sume takde dan tak sempat nak hias, anak dah lapar, dan maghrib pun dah nak masuk....kena hidang dan makan cepat2....kusyuk jer tengok diorg makan...kira sedap ler tu...hhehehhe...
La ni anak2 tak berapa nak makan nasi.......kalau lapar pun mencari altenatif selain nasi....kesian kat ayahnya....org jawa yang suka kat nasi kena beralah ngan selera anak2. 😜😜😜
MEE HAILAM
200 gm daging (topside) – hiris nipis dan cuci bersih (boleh guna perencah lain seperti ayam, udang, sotong - ikut citarasa) (jumlah ikut citarasa - suka lebih perencah boleh masukkan sahaja)
1 labu bawang besar – di cincang halus
6 ulas bawang putih – di cincang halus
6 sb cili kering kisar
10 sb kicap
6 sb sos cili
4 sb sos tomato
2 sb tepung jagung – dibancuh dengan air untuk memekatkan kuah
air – kalau daging direbus dahulu gunakan air rebusan daging
Garam secukup rasa
400gm Mee kuning
Minyak untuk menumis

Sayuran pilihan
bunga kobis
sawi
lobak – dihiris
Tauge
Lengkapkan hidangan jika suka
Daun sup dan daun bawang
Bawang goreng
Cili jeruk
Limau nipis/kasturi

Cara2nya
Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. masukkan cili kering dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan daging dan gaul rata. Masak hingga daging berubah warna dan air daging keluar. Tambah air jika perlu dan masak hingga daging empuk.
Masukkan sos dan kicap. Biar mendidih seketika. Masukkan air tepung jagung. Biar kuah memekat.
Masukkan mee dan sayuran. gaul rata. Masak hingga sayuran empuk. Tutup api dan pimdahkan ke dalam mangkuk hidangan. Hiasas dengan daun sup, daun bawang dll jika suka. (boleh taburkan sedikit serbuk lada putih jika suka)
