ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Monday, January 1, 2018
Lasagna Roti
Sarapan pagi pertama 2018. Lasagna Roti atau roti lapis berdaging. Roti gardenia yang dibeli agak kering dan anak2 kata tak sedap. Jadi nak menyelamatkan roti tu dari terbuang saya buat lasagna ni.
Resepi roti Lapis Berdaging
Bahan-bahan
1 biji lobak di potong dadu
1 biji cili benggala potong kecil
6 biji cendawan butang hiris nipis
500gm daging cincang
2 biji bawang besar cincang
5 ulas bawang putih cincang
1 sudu besar serbuk kari
4 biji tomato dicincang
sedikit tomato ceri jika suka
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
3 sudu makan minyak untuk menumis
12-15 keping roti
500ml susu segar
3 biji telur
garam secukup rasa
Parutan cheese (banyak ikut suka)
Cara-cara
Panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam+tomato+sos cili-sos tomato-lobak merah.
Sebelum tutup api masukkan cili benggala serta cendawan dan kacau seketika.
Satukan Susu+telur.
Pukul susu+telur hingga sebati.
Celupkan roti dalam adunan susu tadi. Susun atas loyang. Taburkan parutan keju.
Kemudian letakkan separuh daripada inti daging yang telah di masak tadi atas lapisan roti. Taburkan parutan keju.
Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih inti daging dan taburan keju.
Lapisan akhir susun dengan 1/3 lebihan roti. Saya tuang baki susu ke atas lapisan akhir
Bakar dengan api sederhana selama 30 mins atau sampai lidi tak lekat.
Keluarkan dari oven dan taburkan baki parutan cheese.
Bakar dengan api sederhana selama 5 - 10 mins atau sampai cheese cair.
Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka.
Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos.
***Kalau nak potongan yang cantik, biarkan sejuk seketika sebelum diangkat dari loyang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment