Saturday, January 20, 2018

Kali ni Muffin Coklat dengan Chocolate Chips pulak yer

Bila memasak dengan rasa suka yang teramat, kerja berat rasa mudah.....selepas balik kerja khamis lepas, dapur saya sibuk dengan aktiviti memasak. Menyedia beberapa juadah atas permintaan kengkawan. Bermula dengan menyediakan sebiji kek oren, kemudian kari daging kerisik dan kuah mee bandung sambil menyiapkan muffin coklat ni. Sambung memasak seawal jam 4 pagi untuk mengukus pulut kuning, menyediakan nasi arab dan melengkapkan hidangan mee bandung sambil menyiapkan anak2 untuk ke sekolah. Semua ni dibuat dengan bantuan encik hubby. Alhamdulillah semuanya selesai dan sampai kedestinasi pada waktunya.


Muffin Coklat dengan Cips Coklat

Bahan-bahan

Bahan A

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
3 sudu kecil baking powder
1  sudu kecil soda bikarbonate
3 sudu kecil nescafe
Sedikit garam

Bahan B

1 1/2 cawan gula perang
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair (atau susu segar)
3 biji telur gred A

Bahan C

3/4 cawan air panas

Bahan D

Chocolate Chips

Cara-cara:

Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi. Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar.

Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata.

Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata.

Ceduk ke dalam muffin cup sehingga 2/3 penuh sahaja dan taburkan coklat cips secukupnya. Bakar pada suhu 175 C selama 20 - 30 minit atau sehingga masak.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...