Menu ni kegemaran anak2. Samada guna daging lembu atau kambing, diorang akan makan banyak. Saya masak menu ni isnin lepas. Pagi saya hidangkan dengan lempeng dan tengahari makan dengan nasi. Kalau cicah roti pun sedap juga. Kalau ada roti canai pun ngancam. Pendek kata sesuai dihidangkan dengan pelbagai pelengkap. masakan ni di perangatkan dua tiga hari pun sedap. Saya suka guna bahagian yang ada tulang dan lemak, bukan daging semata2.
Lepas makan jangan timbang berat badan....hahaha...takut terkejut pulak nanti melihat peningkatannya.....
1 1/2 kg daging - hiris nipis (untuk hati kasih aka limpa rebus dulu hingga empuk dan hiris setebal satu inci)
4 biji bawang besar
1 labu bawang putih
3 inci halia
Hiris separuh dan kisar separuh
1/4 cawan cili kering kisar
100 gm rempah masak hitam (belah2 utara banyak jual)
10 sb kicap pekat manis
Garam secukup rasa
3 keping asam gelugur
4 tangkai daun kari
Air
1 cawan minyak untuk menumis
Panaskan minyak. Tumis bahan hiris dan dsun kari hingga naik bau dan keperangan. Masukkan bawang kisar. Tumis hingga kering airnya dan sedikit keperangan. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan rempah masak hitam. Tumis hingga terbit bau dan pecah minyak. Masukkan daging. Masak hingga air daging keluar dan daging hampir empuk. Tambah air jika perlu. Masukkan kicap, garam dan asam keping. Masak hingga kuah pekat dan daging empuk. Sesuaikan rasa. Tutup api dan sedia dihidang dengan nasi minyak, nasi impit, nasi putih dll.
Kalau takde rempah masak hitam tu boleh la try buat sendiri guna resepi kat bawah ni...
Resepi Rempah Hitam @ KKPBT
Bahan-bahan :
3 sudu besar biji lada hitam
2 sudu besar biji lada putih
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji cengkih
3 biji bunga lawang
2 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar biji jintan manis
1 sudu besar biji jintan putih
1/2 cawan lada kering
Cara2nya:
Semua bahan2 disangai dan dikisar halus
No comments:
Post a Comment