Testing....testing....hehehe.. Project mengetes oven baru sampai. Beli kat lazada. Murah skit dari harga kedai... Oven sampai tengahari...selepas bakar roti coklat. Jadi lepas maghrib uli pulak roti jagung. Project 2 in 1. Sambil test resepi, test juga oven...
Alhamdulillah...dua2 ok...resepi jannah kelab roti pun ok....oven pun ok... Resepi roti jannah ni saya gandakan dan lebihkan gula supaya rasa manis sikit. Buat dua adunan. Ada tetamu mlm ni. Ada lebih, boleh simpan skit untuk sarapan dan bekal sekolah.
Resepi roti jagung
500 gm tepung gandum
100 gm gula
6 gm garam
50 gm mentega
30 gm susu tepung
5 gm improver
7 gm yis
120 gm jagung dlm tin jenis berkrim mcm yg letak kat apam balik tu - (bakinya letak atas doh)
120 gm air
80 gm kiub ais
Parutan keju jika suka
Kalau guna BM, ikut turutan dalam manual dan pilih mode doh. Masuk semua bahan. Stop bila habis uli. Keluarkan doh.
Sekiranya doh agak lembik, minyakkan tangan dan bahagi doh ikut saiz loyang loaf. Saya bahagi dua. Bulatkan dan masukkan dlm loyang yang dah sapu minyak/mentega sikit. Kemudian perap sampai naik 3/4 loyang, potong tengahnya dan letakkan baki jagung serta tabur parutan keju dan bakar pada suhu 180 celcius selama 25 - 30 minit.
****Kalau guna mixer...masukkan adunan kering dan kacau rata. Kemudian masukkan adunan basah. Uli selama 20 minit atau sampai elastik dan doh berkilat.
******guna tangan...satukan bahan kering dan gaul rata. Kemudian masukkan bahan basah. Uli hingga doh licin dan elastik.
No comments:
Post a Comment