Resepinya saya rujuk daripada spice journey....Saya tak berapa pandai makan budu jadi saya tak hidangkan budu....cuma dalam kuah lemak tu jer masukkan budu.
NASI
4 pot Beras
5 pot Air - bergantung kepada beras masing2
3 helai Daun Limau Purut - dikoyak2
3 helai Daun Pandan - disiat & disimpul
Segenggam Bunga Telang - direndam atau pewarna
Sedikit garam
Beras dibersihkan dan rendam sebentar dengan air bunga telang untuk
menyerapkan lagi warna biru pada beras. Kemudian ditanak seperti biasa
bersama-sama daun limau purut, daun pandan, garam dan air bunga telang yang
memberi aroma semulajadi pada nasi.
SERUNDING KELAPA IKAN
5 ekor Ikan Kembung @ Ikan Sardin
5 biji Bawang Merah
Sehiris Halia
1/2 biji Kelapa
3 batang Serai
10 biji lada hitam (boleh letak lebih sekiranya suka)
Sedikit Garam
Sedikit Gula
Goreng kelapa seperti buat kerisik tapi jangan terlalu garing. Kemudian
tumbuk kelapa hingga halus (saya guna mesin kering) tetapi jangan sampai
pecah minyak.
Bakar ikan @ rebus ikan. Asingkan isi dan ketepikan. Saya suka sangai
dulu isi ikan ini (setelah direbus) di dalam kuali hingga kelihatan isi
ikan itu seperti kapas.
Tumbuk bawang merah, halia, serai, garam dan sedkit gula hingga lumat
dan sebati. Masukkan bahan-bahan ini ke dalam kuali bersama2 ikan yg
telah disangai terlebih dahulu dan sangai lagi hingga kering. Rasakan
garamnya. Ketepikan.
KUAH TUMIS (Kuah Nasi Kerabu)
Santan Pekat dari Sebiji Kelapa
10 tangkai Cili Kering
5-8 ulas Bawang Merah Kecil
1 ulas Bawang Putih
2 batang Serai - di ketuk
Sehiris Lengkuas
Sehiris Lengkuas
2-3 keping Asam Keping/Gelugur
Sedikit Budu
Sedikit Budu
Sedikit Minyak utk Menumis
Semua bahan dikisar hingga lumat kecuali serai dan asam keping. Masukkan
sedikit minyak ke dalam periuk dan tumis kesemua bahan kisar hingga
naik bau dan masak cilinya. Kemudian masukkan serai yang diketuk tadi
bersama santan. Masukkan asam keping, gula dan garam. Didihkan dengan
api perlahan hingga naik minyak.
ULAM-ULAMAN
2 helai Daun Kunyit
5 helai Daun Cekur
1 batang Bungan Kantan
10 tangkai Daun Kesum
5 tangkai Daun Selasih
5 batang Kacang Panjang
5 batang Kacang Botol
Sedikit Daun Selom
Sedikit Daun Selom
1 biji timun - Saya lupa beli
5 biji bawang putih jeruk - Saya tkder
1 labu Bawang Besar - Saya tambah
1 mangkuk kecil Taugeh, dibuang ekornya
Hiris halus kesemua bahan ulam halus kecuali taugeh.
Resepi Sambal Cili
1/2 kg cili – basuh
Garam
Gula
Asam jawa
Limau nipis/cuka.
Kisar kesemuanya.
Pelengkap hidangan
Jeruk bawang putih
Telur Masin
Keropok
Hirisan limau nipis
No comments:
Post a Comment