Kuih dadar bersos dadih.....idea pengunjung fb Zulfaza Love Cooking dari Singapura. Menurut beliau inilah cara kuih ini dihidangkan disana...bersama kuah dadih santan. Bagus juga bila ramai kenalan....dapatlah pelbagai idea masakan....takde la jemu dengan benda yang sama....
Jom kita cuba.
Kuih dadar/gulung/ketayap ZLC
Untuk kulit
3 cawan air
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
Garam secukup rasa
Pewarna pilihan (atau kisar air dengan daun pandan dan tapis untuk mendapatkan warna dan haruman semulajadi.)
Kisar sebati semua bahan hingga sebati.
Panaskan pan dengan api sederhana, letakkan sedikit minyak dan sendukkan
1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi membulat (ini
utk buat bentuk biasa). Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu
lama. Nampak tepi2nya dah kering tu maknanya dah masak la. Setelah
angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung; , lipat kedua dua
tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis.
Siap dihidang bersama sos/kuah dadih.
Untuk inti
(biasanya saya buat banyak2 dan simpan dlm peti beku - inti ni boleh guna untuk buat koih koci, badak berendam, kuih bom, pulut inti, kuih ketayap dll)
1/2 biji kelapa parut
3/4 cawan gula putih + gula melaka (manisnya ikut citarasa)
Sedikit air
Sedikit garam
1 helai daun pandan
Cara-cara
Masukkan kelapa parut, air, gula serta sehelai daun pandan. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula dan airnya sedikit kering. Angkat. Buang daun pandan.
Kuah Dadih
250 ml (satu cawan) santan pekat
500 ml (2 cawan air/santan cair)
2 sb tepung gandum
garam secukup rasa
1 helai daun pandan simpulkan
Satukan semua bahan ke dalam periuk. Kacau sebati dan masak di atas api sederhana hingga pekat. Sedia dihidangkan bersama kuih dadar/gulung/ketayap.
No comments:
Post a Comment