Thursday, October 22, 2015

Menu tengahari minggu


Ringkas tapi menyelerakan.....cukup untuk memikat selera kami.... Airtangan ummi untuk keluarga tercinta...




Ikan masak pindang

Bahan2nya..

5 ekor ikan kerisi
1 biji bawang besar belah 6
*5 ulas bawang
*4 ulas bawang putih
*1 inci halia
*1 inci kunyit hidup
Tumbuk atau kisar*
**6 biji cili padi - tumbuk kasar atau belah 2
3 keping asam gelugur
2 batang serai diketuk/titik
daun kesum diambil daunnya
2 biji tomato belah 4
air secukupnya
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Panaskan minyak. Tumis * dan ** hingga naik bau dan keperangan. Masukkan serai dan bawang besar. Tumiskan seketika. Masukkan air, kacau rata. Masukkan ikan, asam gelugur. Biarkan ikan masak dan mendidih. Masukkan garam dan gula secukup rasa, daun kesum dan tomato. Biarkan sebentar. Tutup api dan hidangkan....

Kailan ikan masin

4 pokok kailan - potong kecil
1 keping isi ikan masin kurau - potong kecil
5 biji cili padi - ketuk
4 sb sos tiram
4 ulas bawang merah - hiris
5 ulas bawang putih - ketuk
Minyak untuk menumis
Garam jika perlu

Goreng ikan masin. Ketepikan. Tumis bawang2 dan cili hingga naik bau dan keperangan. Masukkan sos tiram. Kacau rata. Masukkan kailan dan masak hingga layu lebih kurang 3 minit dengan api kuat. Tutup api dan masukkan ikan masin. Kacau rata dan terus pindahkan ke dalam mangkuk hidangan untuk mengekalkan kerangupan dan kehijauan sayur.

(Tambah garam jika perlu kerana sos tiram dan ikan masin mengandungi garam)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...