Kek mentega durian sempena jerebu.
Bahan-Bahan
250 gm mentega
200 gm gula halus
4 biji telur (saya guna saiz L)
300 gm Isi durian*
4 sudu besar Susu Segar* (* blend halus)
240 gm tepung naik sendiri** (saya guna tepung superfine + 1 sb baking powder)
1 sb tepung jagung**
1/4 sk garam** (** campurkan dan ayakkan)
Cara-Cara
Pukul mentega & gula sehingga gebu & putih. Masukkan telur satu persatu sambil di pukul lagi.
Masukkan campuran tepung** sedikit demi sedikit selang seli dengan adunan isi durian.
Gaul rata . Lenserkan loyang dengan mentega.Tuang adunan dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 40-45 minit atau sehingga masak.
No comments:
Post a Comment