Saturday, October 24, 2015

RESEPI ROTI ARAB PAK TAM

Resepi roti arab (versi goreng) yang saya suka nak ulang siaran....kejadiaannya belum sekali mengecewakan. Kali ni saya buat atas request encik hubby....untuk mesyuarat pengerusi2 surau setempat. Buat dua adunan....uli guna tangan...waduh2 lenguh sungguh tanganku... Naper tak guna BM jew????? BM saya bagi tugasan lain....uli sekilo tepung utk projek roti sarapan.

Doh roti arab pak tam ni tak perlu uli lama sangat....tak perlu sampai berkilat dan elastik. Cukup sekadar doh tak lekat ditangan dan bekas....tak perlu perap dulu...dah uli...timbang...bulatkan...baru perap 30 minit jer....pastu leperkan dan goreng... satu lagi yang saya suka dengan roti ni ialah dia kurang berminyak...tak.macam roti puri. Rotinya lembut jer...

RESEPI ROTI ARAB PAK TAM

500 gm Tepung gandum
40 gm Marjerin
50 gm. Gula pasir
10 gm Yis 
1 biji. Telur 
1 tsp. Double action baking powder @ baking powder .
50 gm Susu pekat manis 
6 gm. Garam
220 gm Air sejuk

Cara-caranya :

1. Campurkan semua bahan dan uli , jika guna tangan x perlu sampai elastik .
2. Selepas uli , terus timbang 50 gm setiap satu dan bulat2kan . 
3. Celupkan dlm tepung sedikit sebelum letak dalam tray .
4. Timbang sehingga habis doh .
5. Perap doh bulat dlm 30 minit . 
6. Selepas 30 minit , canai bulat leper ... jgn terlalu nipis sbb nanti masa goreng dia x mengelembung . 
7. Canai leper hingga habis dan susun dlm tray. 8. Perap lagi sekali , dlm 15 minit . 
9. Selepas 15 minit berlalu , panaskan minyak dan canai sekali lagi doh leper utk dptkan bulat yg lebih besar sedikit . 
10. Bila minyak sudah panas , masukkan doh yg dah di canai sekali lagi tadi . 
11. Cara goreng ... siram2kan minyak di atas doh supaya roti mula gelembung . Bila dah mengelembung balik2 kan dan goreng sampai garing .
12. Boleh goreng sekali 3@4 biji sekali gus jika cepat .
13. Toskan roti di atas jaring utk toskan minyak
14. Goreng hingga habis . 


Kari Ayam MakCu

1 ekor ayam potong kecil

4 biji kentang - kupas dan belah 8

*2 inci halia

*1 labu bawang putih

*2 biji bawang besar

1 batang kulit kayu manis

2 kuntum bunga lawang

5 biji buah pelaga

5 tangkai daun kari

3 sb rempah kari ayam

1 sb serbuk cili

1/2 cawan air asam jawa

6 cawan santan

Minyak untuk menumis

Garam secukup rasa

Kisar halus *. Tumis rempah tumis dan daun kari hingga naik bau. Masukkan bahan kisar. Tumis hingga naik bau dan airnya kering. Kacau selalu. Masukkan rempah kari dan serbuk cili. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan kentang dan masakkan sekitar 5 minit. (Tambah sedikit santan jika perlu)

Masukkan ayam. Kacau rata. Masakkan hingga air ayam keluar. Tambahkan santan dan air asam. Masak hingga ayam dan kentang empuk serta kuahnya pecah minyak.

Perisakan dengan garam secukup rasa. Tutup api.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...