Dah siap 3 botol, berlainan batch....yg hijau batch terkini. Yg tengah baru 2 hari yang kanan sekali dah 5 hari. Lagi lama peram lagi sedap.
Resipi K Lime
Limau Kasturi (gred A paling baik)
Pastikan anda melapik tempat penyediaan dahulu sebelum mulakan tugas ye....gunakan alas plastik yang bersih/ Siapkan bekas untuk di isikan limau
Asam Boi (tanya kat kedai Gred A) cuba cari yang xbanyak garam dan bukan yng warna putih keras tu.
Gula pasir
Cara2
1. Basuh limau dan tos hingga kering
2. Taburkan gula dalam bekas penyediaan sebagai base.
3. Potong atas limau jgn sampai putus.
4. Cuba keluarkan sebanyak mana biji nye yang boleh..tak dpt keluarkan semua x de masalah.
5. Sumbatkan asam boi dalam limau. Sila pastikan asam boi lebih kecil dari buah limau baru cantik.
6. Susun atur limau yang telah disumbat ngan asam boi dalam bekas lapisan gula.
7. Tabur lagi gula atas limau yang telah siap disusun. Buat urutan limau, gula, limau gula hingga habis. Lapisan paling atas penuhi ngan gula.
8. Setiap kali buat penyediaan, jgn buang jus limau yang keluar atas lapik plastik or container yang digunakan. Masukkan dalam bekas limau yang telah disumbat. Pastikan hanya jus limau yang dimasukkan. Jangan sekali2 campurkan air ye.
9. Selesai tutup bekas ketat - nak peram berapa lama ikut suka. Ada air jus banyak kuar dah boleh makan. dalam 3 - 4 hari pun kadang dah jadi.
Jika anda dapati ada kulat bermakna penyediaan anda tidak cukup gula. So pandai2 le adjust mana yang patut. Buang kulat tu tambah gula lagi insyaallah sihat lah limau tu.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment