Thursday, December 11, 2014

Bubur kacang pandan

Bubur kacang pandan ni saya buat untuk majlis ilmu di surau dekat rumah ni....ceramah pasal syiah...saya buat menggunakan 


Bubur kacang pandan

Zulfaza love cooking

Bahan2nya

3 kg kacang hijau (rendam 3 jam, tukar air sekali-sekala, rebus empuk)

1/2 kg sagu (basuh dan toskan)

1 kg gula merah

3 kg santan pekat

1 kg gula (secukup rasa)

5 sk garam

20 helai daun pandan (kisar dan ambil airnya)

Caranya

Satukan semua bahan dan masak hingga mendidih. Kacau selalu untuk mengelakkan santan pecah minyak.


Daun pandan ni banyak khasiatnya....bukan sekadar mengharumkan masakan dan ruang....

http://jasminshahab205.blogspot.com/2014/09/khasiat-daun-pandan.html?m=1

Khasiat Daun Pandan 

1. Menurunkan darah tinggi

Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira-kira setengah gelas sahaja. Minum airnya. 


2. Matikan kuman dalam darah

Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.

3. Melembutkan Daging 

Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging.
Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi.

4. Melicinkan kulit

Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.

5. Mengecutkan rahim

Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...