Menu untuk gotong-royong membersihkan surau yang baru siap.....jiran suruh bukak gerai jual nasi lemak pandan nih....hehehe....nanti la dah pencen boleh la buat bisnes ni.
Sambal tumis bilis terung pipit
2 cawan ikan bilis (goreng sekejap - tak perlu garing)
1 cawan terung pipit (goreng jap sekali dengan bilis)
*30 biji cili kering direbus
*3 biji bawang besar
*7 ulas bawang putih
3 batang serai diketuk
Garam dan gula
3 sb air asam jawa
1/2 cawan air
minyak untuk menumis
Kisar halus *. Tumis * hingga pecah minyak. Masukkan serai, air asam, garam dan gula. Kacau sebati. Masukkan terung dan bilis. Tambahkkan 1/2 air. Masak hingga sebati dan terung empuk.
Nasi lemak pandan (tumis)
10 pot beras (basuh dan rendam sekiranya guna beras basmathi
13 pot santan + air pandan (guna penyukat yang sama dengan beras - kuamtiti air ikut jenis beras yang digunakan - saya kisar daun pandan dengan kelapa parut)
Garam secukup rasa
bahan tumis
2 biji bawang besar - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
3 inci halia - hiris
2 sb halba
minyak untuk menumis
--------
Tumis bahan tumis hingga naik bau dan sedikit keperangan.di dalam periuk yamg digunakan untuk masak nasi atau dalam kuali.
Masukkan ke dalam periuk nasi. Masukkan beras, santan dan garam. Tanak nasi seperti biasa.
Telur dadar selasih/basil
7 biji telur
1 sb mayonis
Hirisan daun selasih/basil
1 biji bawang besar - hiris
Garam
--------------
Pukul telur dengan garam. Campur semua bahan lain dan pukul rata. Goreng.
No comments:
Post a Comment