Thursday, June 12, 2014

Kalio daging tetel

Acara menghabiskan stok daging tetel. Bau dia sedap sangat....iras2 rendang pun ada mungkin sbb letak lengkuas tu...

Resepi : Kalio Daging Tetel
Sumber : Umie Maria Hakem (Cardiff)
Bahan-bahan:
1 kg daging tetel - (kebetulan daging yang dibeli sudah siap dipotong)
1 liter santan daripada 1 biji kelapa
1 batang serai - dititik
5 helai daun limau purut
garam / gula / perasa pilihan
minyak
kentang/nangka muda (celur)
2 keping asam gelugur (saya tambah)

Bahan kisar:
15 biji cili padi
5 biji cili merah
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2.5cm halia
2.5cm lengkuas
1 sudu makan ketumbar biji
1/2 sudu makan jintan putih
1/2 sudu makan jintan manis
1/2 sudu makan lada hitam
Saya tambah seinci kunyit

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar, dan serai sehingga terbit minyak.
2. Masukkan daging tetel, kentang dan gaul sebati. Masak sehingga daging tetel layu dan mengeluarkan air.
3. Tambahkan santan (+nangkacelur) dan perlahankan api, Renih sehingga daging tetel empuk.
4. Masukkan daun limau purut, garam, gula atau perasa pilihan.
5. Biarkan seketika dan tutup api dapur.


****************
Yang ni saya sharekan juga resepi Kalio ayam pilihan untuk yang tak suka daging...

RESEPI AYAM KALIO
By : LiNa Pg
Sumber : Wana Potret Kasih
Bahan-Bahan
400g ayam ( anggaran dalam 1/2 ekor ayam )
4-5 ulas bawang merah ( kisar )
3 ulas bawang putih ( kisar )
2-3 sudu makan cili kisar ( boleh tambah jika suka pedas )
4 biji cili merah (kisar)LiNa Pg tambah rcp asal xde1 inci halia ( kisar )
1 inci lengkuas ( kisar )
2 batang serai ( kisar )
2 cm kunyit hidup ( kisar )
250 ml santan atau susu cair
3 -5 helai daun limau purut (hiris nipis)
1 batang karot (potong baji)
1 biji tomato (belah 4)
2 keping asam keping
garam secukup rasa
gula secukup rasa
Air dan minyak
Cara penyediaan
Tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.Kemudian masukkan ayam dan asam keping. Masak hingga ayam kecut.Kacau dan balikkan selalu agar ayam yang di masak sekata masaknya.Tambah sedikit airMasukkan santan atau susu cair serta daun limau purut dan juga karot. Jika mahu kuah lebih boleh di tambah sedikit air lagi.Masakklah hingga kuah agak pekat.Masukkan tomato, sesuaikan rasa…. bolehlah diangkat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...