Thursday, August 9, 2018

Sambal udang petai


Sejak musim petai ni kerap betul makan seafood. Nak buat camna....kombinasi tu serasi.....tak jemu2 masak petai....tapi anak2 kutip udangnya ajer.....mak pak peghabihkan petainya. 

Sekarang ni tak risau sangat makan petai sebab sejak amalkan petua minum susu segar lepas makan petai untuk hilangkan bau nafas dan mulut, Alhamdulillah mujarab. Kalau dulu gosok gigi selepas makan pun masih terasa2 nafas berbau petai...kesan gosok gigi tu berkesan kat area mulut jer....


Sambal sotong petai

5 papan petai - ambil isinya
1/2 kg ekor udang saiz sederhana
2 sb cili kering kisar
2 sb air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Hiris
2 inci halia
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih

Panaskan minyak. Tumis bahan hiris hingga naik bau. Masukkan cili, tumis hingga pecah minyak. Masukkan air asam dan perisakan dengan garam serta gula secukup rasa. Tumis hingga semua bahan mesra.

Masukkan petai. Biarkan seketika. Kacau sesekali. Agak2 2 hingga 3 minit masukkan udang. Gaul rata. Tumiskan hingga udang masak.

**** masak sotong dan udang jangan terlalu lama. Guna api yang kuat supaya proses memasak tu dapat dilakukan dalam tempoh singkat. Sotong dan udang kalau terlebih masak akan jadi keras dan kurang enak dimakan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...