Saturday, August 4, 2018

Creampuff


Ni lagi menu potluck semalam. Creampuff. Niat asalnya nak buat chocolate creampuff tapi apakan daya lebih siapkan filling chocolate tu, habis langsung stok choco powder kat rumah. Jadi kali ni plain puff dengan chocolate cream filling jer yang mampu disediakan.


CREAMPUFF

150 gm tepung gandum
100gm mentega
250ml air
sedikit gula
3 biji telur (size A)

panaskan air..masukkan butter n gula...biar cair...api kecik ek...da cair masukkan t.gandum..kacau hingga  tak melekat
ketepi dan sejukkan...

dah sejuk mixer ngan telur..(masukkan telo satu per satu ye...biar sebati baru masuk lg sebiji)
mixer hingga kembang...
bentukkan atas loyang yg da disapu butter
panaskan oven 180-200c..bergantung pada oven ye..
semburkan air dan bakar selama 30 minit..biarkan sejuk..bole letak filling


INTI KRIM COKLAT 

Bahan2:

250 ml susu/krimer sejat
150 ml air suam
60 g serbuk koko
40 g tepung jagung
160 g gula halus - boleh adjust sekiranya koko yg kita guna agak pahit
60 g mentega
1 sk esen vanilla

3 cawan Whipped Cream (yang telah dipukul kembang)

Cara2:

1) Campurkan susu, air suam, serbuk koko dan tepung jagung di dalam satu bekas. Kacau hingga sebati.
2) Tapis campuran bahan di atas dan tuang ke dalam periuk berisi gula.
3) Kacau dan masak dengan api perlahan sehingga pekat.
4) Masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau sebati dan matikan api.
5) Biarkan sejuk sebelum digunakan. Dah sejuk gaulkan dengan whipped cream. Sedia digunakan.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...