Tuesday, August 21, 2018

Kek Lapis Hawflakes


Berkurun rasanya tak melapis kek sarawak ni. Last buat 2009 ke 2010 gitu.....tadi subuh kul 5 pagi mula melapis....itu pun sebab janji dari sebelum raya puasa. Malam tadi selesai bakar 3 biji kek oren dan 1 kek marble dah rasa tak larat nak sambung melapis. Dari jam 5 tu siap jam 7 lebih jugak la. Alhamdulillah perjalanan lancar cuti2 sekolah ni.... Sempat sampai opis dalam waktunya....

Kek lapis hawflakes ni tadi saya tak trim tepinya....sayang....saya bagi camtu terus....tapi dek kerana baunya yang harum semerbak tu, tuan punya tak tahan dan potong sikit....jadi la....suh dia snap gambarnya dan dapat la saya upload kat sini....untuk tatapan....kita pun tak rasa lagi. Anak2 tanya sedap ke.....ummi kata nanti ummi buat lain boleh rasa puas2.....yg ni ada orang yg punya.


Terima kasih kat kak june share resepi ni kat FB.....nyaman sungguh rasanya.....harum sungguh baunya.


Kek lapis hawflakes

300 gm mentega/margerin
200 gm gula halus
7 biji telur gred A
250 gm tepung hongkong
50 gm biskut marie (kisar halus)
4 sb susu pekat manis
1 sb ovellete
1 sb esen vanilla
1 sudu kfc garam
100 ml air sejuk
pewarna hijau, kuning, merah jambu
2 pack besar asam hawflakes

Cara2nya

Pukul mentega, ovellete dan gula hinggga kembang
masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang
masukkan tepung, horlick, biskut marie dan garam, pukul sebati
masukkan susu dan esen, pukul sebati
akhir sekali masukkan air sejuk dan pukul sebati.

Bahagikan adunan kepada 9 bahagian (guna loyang 7 inci - lebih kurang 160 gm setiap bahagian). Warnakan adunan (3 bahagian 1 warna).

Panaskan ketuhar pada 250% celcius. Sapu loyang dengan mentega dan alas baking paper.
Tuang 1 bahagian adunan merah jambu, bakar selama 3 - 5 minit menggunakan api atas dan bawah.
Keluarkan loyang, tuang adunan hijau dan susun asam hawflake, bakar menggunakan api atas sahaja sehingga masak (lebih kurang 8 - 10 minit atau hingga sedikit keperangan).
Seterusnya tuang adunan kuning dan susun hawflake dan bakar selama 8 - 10 minit.
Ulang proses hingga semua adunan habis.

**** setelah masak biarkan sejuk sebelum dipotong.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...