Moreh isnin lepas. Sup pekat....makan dengan roti.....yang paling best kalau dapat roti benggali....tapi yang ni makan dengan roti gardenia jer. 10 kg kambing tak termasuk gearbox, habis licin seperiuk. Orang sekarang dah suka makan kambing. Dulu2 jer orang takut darah tinggi la....hamis la...sekarang lelaki perempuan dah makan....budak2 pun suka daging kambing.
Sup ni tak perlu sediakan sambal kicap...sebab pedas dah....penyekkan jer cili padi tu kalau nak lebih menjobang....hahaha.
Sup tulang berempah MakMak @ ZLC (Tumis darat)
5 kg tulang (saya suka bahagian tengkuk sebab dagingnya banyak)
1 kg daging (saya rebus seketul besar lepas tu dah empuk baru hiris)
1 paket rempah kurma (paket sederhana)
1 kg bawang merah - kisar
4 labu bawang putih - kisar
300 gm halia (ketuk)
1/2 kg bawang ros - hiris nipis dan goreng utk dijadikan bawang goreng
1/2 kg daun sup + daun bawang + daun ketumbar - hiris
1 ketul sebesar ibu jari gula batu
Garam secukup rasa
5 batang kulit kayu manis
15 biji buah pelaga
5 kuntum bunga lawang
10 helai daun salam
4 sb lada hitam (tumbuk)
20 biji cili padi - kisar
1 kg kentang
1 kg karot
1 cawan tepung jagung (bancuh dengan air secukup)
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Dalam periuk besar, rebus tulang dan daging serta halia hingga daging hampir empuk.
Masukkan kentang dan kecilkan api. Sementara itu dalam kuali tumis rempah tumis hingga naik bau. Masukkan bawang merah dan putih yg dikisar. Tumis lagi hingga airnya hampir kering. Masukkan rempah kurma. Tumis hingga pecah minyak. Tuang ke dalam periuk sup.
Kacau sebati dan perisakan dengan garam, lada hitam dan cili padi kisar tadi. Kemudian masukkan daun2 hiris. Masak hingga kentang empuk dan renihkan selama setengah jam. Akhir sekali masukkan tepung jagung dan kacau hingga sup memekat.
Sedap dimakan bersama roti....dan nasi putih.
No comments:
Post a Comment