Monday, June 12, 2017

Menu Iftar 16 Ramadhan : Traditional Bahraini Chicken Machboos


Menghidupkan budaya rewang....sinonim dengan aktiviti surau ArRaihan. Dalam kesibukan kerja....aktiviti harian yang menghadkan masa untuk bersua dan bermesra bersama2 jiran dan taulan, aktiviti sebegini sekurang2nya membuka ruang utk beramah mesra dan bertukar cerita sambil tangan ligat menyiapkan juadah.


Anak2 tahfiz turut serta sinsing lengan menyediakan menu nasi arab untuk iftar dan cucur udangan rangup diluar lembutdi dalam (hahaha) moreh hari ke 16. Cuaca yang agak berbahang tak menghalang kariah turun padang menyiapkan menu sebelum waktu berbuka tiba.

Terima kasih semua yang turut bertungkus lumus membantu saya sekeluarga hari ni menyediakan juadah dan kepada yang menyumbang kuih muih, kurma dan buah2an. Moga Allah balas dengan kebaikan berlipat kali ganda...


Resepi nasi arab ni dari sumber yang sama yang pernah saya post disini dulu. Cuma masa memasak ayam tu tak lah lama sebab ayam kat sini cepat empuk. Memandangkan oven takde.....ayam ni saya bakar sebentar guna arang.....lagi pun masak dalam kuantiti yang agak banyak....jenuh nak guna oven saya yang tak berapa nak besar tu.

Traditional Bahraini Chicken Machboos

Ingredients

4 1/2 cups Water (4 1/2 cwn air)
650 g basmati rIce (650 gm beras)
3 Tomatoes, quartered (3 biji tomato belah 4)
1 -1 1/2 kg Chicken (1 - 1 1/2 kg ayam)
3 Onions, finely chopped (3 biji bawang besar - cincang halus)
1/4 cup Coriander leaves, chopped (1/4 cawan hirisan daun ketumbar)
1 green hot pepper, as desired (1 biji cili padi @ ikut citarasa)
2 black dried Limes ( 2 biji limau kering @ loomy)
2 Teaspoons buharat spIce mix (2 sk bhaharat/mix spice)
1 1/2 Teaspoons Turmeric powder (1 1/2 sk serbuk kunyit)
1 Teaspoon cumin powder (1 sk serbuk jintan putih)
2 Teaspoons Cinnamon (1 sk serbuk kayu manis)
1 Teaspoon Cardamom powder (1 sk serbuk pelaga)
2 Garlic Cloves (2 ulas bawang putih)
1 slIce Ginger root, cut into small pieces (1 keping halia - hiris kecil)
3 tablespoons Butter (3 sb mentega)
1/4 cup Lemon juIce (1/4 cawan perahan lemon)
3 tablespoons rose Water (3 sk air mawar)
3 tablespoons Oil (3 sk minyak)
3 Teaspoons Salt (3 sk garam)


Traditional Bahraini Chicken Machboos Method / Tarika:

Potong dua/empat ayam. Panaskan air dan ketepikan. Dalam mangkuk satukan buharat,  1 sk garam, kunyit, jintan, pelaga. Lumur 1/2 bahan campuran ni pada ayam.

Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang hingga perang. Masukkan cili dan limau kering yg telah dicucuk.

Masukkan ayam dan balik2kan sesekali. Masukkan 1 sk serbuk kulit kayu manis dan baki rempah campuran tadi. Balik2kan ayam supaya semua rempah sebati dengan ayam. Tutup kuali selama 3 minit dan masak guna api sederhana.

Tambah bawang putih dan halia serta tomato dan gaul rata. Tutup kuali dan masak lagi selama 3 minit. Tuang air yg di panaskan tadi dan baki garam.

Tutup kuali dan biarkan ayam masak. 5 minit sebelum keluarkan ayam, masukkan daun ketumbar. Sementara itu basuh dan  rendam beras selama 30 minit (ikut jenis beras - saya guna pusa dan biasanya rendam 30 minit)

Keluarkan ayam dari stok dan susun atas dulang. Sapukan minyak dan tabur baki serbuk kayu manis. Bakar dalam oven hingga ayam garing dan keperangan.

Saya sukat stok ikut sukatan 1 cawan beras : 1 1/4 cawan cecair dan masak nasi dlm periuk. Dan masak hingga hampir kering.

Renjiskan air mawar,  lemon dan mentega. Tutup periuk, kecilkan api dan biar nasi masak sepenuhnya.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...