Ceritera semalam. Sambil rewang menyediakan nasi arab untuk majlis kesyukuran kami di surau, saya bancuh adunan cucur ni untuk moreh.
Laris cucur ni.....lepas tazkirah masing- masing dah lapar semula. Sos tak sempat disediakan...Alhamdulillah ada jiran yang bawan sos pencicah keropok lekor.
CUCUR UDANG RANGUP
Zulfaza Loves Cooking
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung gandum
1 biji telur
1 paket yis segera | dicampur bersama 1 sudu gula dan ½ cawan air suam
Air (ikut anggaran untuk bancuhan cucur) ~ 2 1/2 cawan
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Sedikit serbuk kunyit
Udang sederhana secukupya
Minyak untuk menggoreng
Pilihan sayuran ikut citarasa
Taugeh
Kucai
Daun bawang
Lobak merah
Kobis
Hirisan cili
Bawang besar
Campurkan yis bersama 1/2 cawan air suam dan sedikit gula untuk mengaktifkan yis. Biarkan sehingga ia berbuih.
Dalam mangkuk besar, masukkan tepung, serbuk kunyit dan garam. Kemudian digaul rata. Kemudian pecahkan telur dan masukkan bancuhan yis tadi bersama dua cawan air.
Gaul sehingga semuanya sebati dan masukkan sayur-sayuran. Biarkan sebentar 1/2 – 1 jam sehingga bancuhan nampak berbuih.
Panaskan dan goreng dalam minyak yang banyak. Rendamkan senduk yang mahu anda guna dalam minyak panas. Kemudian barulah dituangkan adunan cucur ke dalam senduk tadi.
Letakkan udang dan goyang-goyangkan adunan cucur sehingga tertanggal dari sudip.
Goreng cucur sehingga kuning keemasan dan angkat untuk tos minyak.
*Jangan guna air panas untuk membancuh yis kerana ia akan ‘membunuh’ yis. Bila naik berbuih, maknanya yis ‘hidup’ dan boleh digunakan.
*Untuk menjadikan cucur udang rangup, pastikan anda menggunakan senduk yang leper supaya bahagian tepi cucur boleh menjadi lebih crispy.
*Goreng cucur dalam minyak sederhana panas untuk cucur yang rangup. Minyak yang tidak panas akan menyebabkan bancuhan cucur ‘masuk minyak’ dan minyak yang terlalu panas pula akan membuatnya menjadi hangit.
No comments:
Post a Comment