Monday, April 8, 2019

Bingka Pandan


Bingka pandan semalam....dah potong dan separuh letak dalam bekas baru teringat nak ambil gambar....

Ni tempahan semalam....order last minute dari jiran untuk program kat pusat tuisyen dia. Kali ni saya guna resepi yang saya olah dari sumber azie kitchen.


Bingka Pandan

Bahan-Bahan

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan air pandan
3 cawan santan (1 santan kotak & 2 cawan air)
3 biji telur
2 sudu besar butter
1/2 sudu kecil garam
Sedikit bijan

Cara-cara

Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan. Blend hingga sebati.

Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan masukkan ke dalam oven. Bila loyang sudah panas, tuang adunan tadi ke dalamnya.

Taburkan bijan (jika suka). Bakar 45 minit pada suhu 200C hingga masak menggunakan api atas dan bawah.

Bakar menggunakan api atas saja selama 10 minit terakhir sekiranya inginkan permukaan kuih yang lebih garing. Saya bakar dalam 1 jam  untuk mendapatkan permukaan yang garing. (Nak cepat lepas 45 minit saya letak suhu oven maksimum sbb dah kesuntukan masa). Bakar bingka ni tak kisah sangat pasal suhu....tak macam kek....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...