Sunday, February 25, 2018

Masala Vadai


Dah lama teringin nak buat ni....tapi asyik tergendala sebab prosesnya lama....lama bab nak merendam kacang sampai lembut. Paling kurang 4 - 5 jam. Nak kena plan awal kalau nak buat...selalunya asyik terlupa nak merendam. Jadi terpaksa tangguh pembikinan.

Kuih ni yang popular kat Malaysia. Kat kampung dulu panggil masalodei........asal dari kaum india. Sedap.......selalu beli kalau jumpa kat gerai selalunya mesti beli.


Resepi ni saya ambil dari Mamak Haji Roslan.........kenapa pilih resepi ni...sebab mamak haji punya resepi ni authentic dan sedap menjadi....jom la cuba.

RESEPI MASALA VADEI:

BAHAN-BAHAN:

250 gm kacang dal (pilih Dal Australia kerana ia lebih lemak dan kurang bau. Nak kenalnya, ia lebih bersaiz besar dari kacang Dal dari India yang bersaiz kecil dan leper).
1 labu bawang besar - hiris
1 sk jintan manis
3 tangkai daun kari dicincang
3 biji cili kering hiris halus
1/2 inci halia dicincang halus
Garam secukup rasa
Minyak untuk goreng


CARA-CARA:

1. Basuh dan rendam selama 4 jam atau lebih. Toskan. Asing sedikit dal dalam sesudu dua.

Masukkan selebihnya dalam mesin kisar(blender). Kisar kacang dal di tambah air sedikit demi sedikt semasa kisaran. Biar hasil kisaran halus sedikit. Tuang hasil dalam penapis untuk toskan sedikit airnya.

(saya guna food processor - kisar tanpa air).

2. Toskan sedikit kemudian masukkan daun kari, bawang , biji jintan manis, hirisan cili kering dan halia cincang dan garam dalam sebuah bekas. Masukkan kacang dal yang telah diasingkan tanpa kisar. Adunkan sama rata

3. Ambil sedikit adunan dan bulatkan dan leperkan di atas tapak tangan anda.

4. Panaskan minyak gorengan. Minyak secukupnya untui tengelami vadei yang akan digoreng. Pastikan minyak cukup panas. Mulakan gorengan dengan api dapur yang sederhana. Kalau minyak tak cukup panas vadei anda akan bertaburan dalam minyak.

5. Jangan goreng terlalu banyak kuanti dalam kuali  kerana Ia akan menurunkan suhu minyak gorengan. Goreng 4 atau 5, dan tentukan ia tidak bertindih di antara satu sama lain. Suhu minyak perlu dijaga sentiasa jika  tidak vadei anda bertabur dalam kuali atau pun hangus sebelum masak. Masa gorengan selalunya 5-6 minit vadei anda cukup masak dan garing. Vadei yang masak biasanya akan terapong naik ke atas dan buih-buih semakin berkurangan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...