Tuesday, February 13, 2018

Brown sauce my way

Pelengkap hidangan mashed potato kali ni....sos perang homemade bersama cendawan butang yang lazat. Laku keras tak bersisa sos tu. Saya sempat test dua sudu bersama mashed potato selepas siap memasakkan petang tu. Lain kali kena tambah kuantiti. Rasa tak puas makan pulak. Selain dihidangkan dengan mashed potato, sos ni boleh juga dihidangkan dengan kambing bakar, ayam bakar atau pun chicken chop. Jimat kos buat sendiri dan boleh ubahsuai ikut citarasa.


Brown Sauce My Way

1/2 ketul mentega
2 sb minyak masak
6 sb tepung
Air rebusan daging secukupnya (atau 2 ketul kiub daging dan air secukupnya)
2 biji bawang merah dicincang
6 ulas bawang putih dicincang
Garam secukup rasa

Lada hitam ikut citarasa
2 tin cendawan butang - hiris


Panaskan minyak dan mentega. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga keperangan. Masukkan tepung dan tumis lagi hingga sedikit keperangan. Masukkan air rebusan daging. Kacau hingga tepung sebati dan tidak berketul. Perisakan dengan garam, lada hitam dan cendawan butang.

Tutup api setelah sos mendidih dan mendapat kepekatan yang diingini.
Untuk mendapatkan warna sos yang lebih gelap, tepung tu digoreng hingga keperangan, begitu juga dengan bawangnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...