Meroti untuk ke sekian kalinya....guna resepi dari fb group kelab roti....saya uli guna tangan dan bm untuk hasil yang lebih gebu..... Dah satukan bahan saya uli selama 15 minit dan kemudian baru masukkan dalam bm dan set mode doh asas.....
Terserlah kegebuan roti ni.....selepas tak sampai 1/2 jam tinggal byk ni jer...
Roti manis
Bahan2nya
500 gm tepung roti/gandum
15 gm yis
5 gm improver/softener
15 susu tepung
5 gm garam
110 gm gula
80 mentega
1 biji /70 gm telur (telur gred AA)
225 gm air sejuk
Satukan semua bahan (pastikan yis tidak diletak berdekatan dengan garam) kecuali mentega dan uli sebati. Masukkan mentega dan uli hingga tidak lekat di tangan dan besen serta elastik.
Sapukan minyak dan perap selama sejam atau doh naik 2 kali ganda. Tumbuk doh dan uli sebentar. Sapu tangan dengan minyak dan bahagikan doh ikut citarasa. Bulatkan doh dan susun dalam loyang yg di sapu sedikit mentega. Biar doh naik seganda dan sapu susu segar/air ke atas doh. Tabur gula atau keju parut. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 °C selama 20 - 30 minit atau hingga perang.
Kalau guna BM ikut arahan dalam manual doh asas.
No comments:
Post a Comment