ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Thursday, March 16, 2017
Kek pisang .mentega kacang
Dua tiga hari lepas punya cerita. Balik opis rasa teringin sangat nak makan kek pisang. Pisang nangka ngan rastali masak ada kat rumah. Pastu dok teringatkan stok mentega kacang yang dibeli konon2nya nak buat pretzel punya entah apa bendanya aritu.....pastu tukar pulak plan nak buat brownies peanut butter....sampai ke sudah tak buat2. Akhirnya apa yang jadi ialah kek pisang mentega kacang.....tadaaaaaa. Saya main guna jer resepi kek mentega....olah skit2 mana yang patut...maka dengan izinNya masaklah seketul kek pisang.
Saya guna pisang nangka campor rastali sebab pisang tu jer yg ada...hehhehe....kalau hati dah kata nak buat kek pisang, semua jenis pisang saya guna jer...kalau time tu ada pisang abu atau pisang awak pun saya guna jer. Kek dia lembut dan aromanya harum...kombinasi pisang, mentega dan mentega kacang...
Kek Pisang Mentega Kacang
By Zulfaza Loves Cooking
Bahan-bahan:
4 sb mentega kacang (chunk)
3/4 cawan gula perang
250 gm mentega
5 biji telur gred C
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
400 gram pisang nangka (guna pisang berangan atau emas sedap) - lecek
secubit garam
Cara:
1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat. Ketepikan.
2. Dalam mangkuk lain, satukan mentega dan gula. Pukul hingga gebu dan ringan.
3. Masukkan sebiji telur dan pukul sebati, ulang proses hingga telur habis.
4. Masukkan mentega kacang dan pukul sebati.
4. Masukkan garam dan pisang lecek. Pukul rata.
5. Masukkan tepung dan kaup balik menggunakan spatula/senduk.
6. Tuang adunan ke dalam tin pembakar yang sesuai - terpulang bentuk bulat atau persegi. (Saya guna loyang 9 inci jadi kek saya nipis jer)
7. Bakar dengan api sederhana (180'C) selama 45 - 50 minit atau sehingga masak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment